Searching...
Saturday 2 November 2013
18:34 0

VIDEO: Bila Nenek Marah Minyak Naik Harga

Seorang nenek di UK meluahkan kemarahan terhadap kenaikan harga minyak dengan cara tersendiri dan jarang dilakukan orang seusianya iaitu bermain video game.
Menggunakan nama Gamergran87, rakaman nenek tersebut bermain Grand Theft Auto V penuh perasaan dimuatnaik di YouTube hingga menarik perhatian ramai.
Dalam permainan tersebut dapat dilihat warga emas itu melepaskan perasaan dengan membelasah, menembak dan membunuh sesiapa sahaja di samping melakukan kemusnahan sambil memaki British Gas kerana menaikkan harga.

Video berkenaan turut memasukkan amaran bahawa ‘bahasa yang digunakan agak keras tetapi saya perlu melepaskan kemarahan selepas menerima surat daripada British Gas!’
Begitu pun tidak dapat dipastikan sama ada video ini benar-benar dimuatnaik oleh nenek tersebut atau pihak lain dengan tujuan tertentu. – Mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment