Searching...
Saturday 19 October 2013
21:13 0

Rasmi: Trio penyandang naib presiden kekal

Ahmad Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR – [Dikemaskini]Menurut keputusan rasmi, Datuk Seri[gambar], Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berjaya mengekalkan jawatan naib Presiden Umno.
Sehingga jam 1.45 pagi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi dan manakala Shafie memperoleh 174 undi.

Seorang lagi penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 100 undi dengan diikuti oleh Datuk Mukhriz Mahathir dengan 91 undi, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing mendapat 7 undi.

Bagi jawatan Majlis Tinggi (MT) pula menyaksikan Datuk Seri Mustapa Mohamed, 57 undi mendahului calon-calon lain.

Pengerusi Tetap:
   
1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
   
    Timbalan Pengerusi Tetap:
    1. Datuk Mohamad Aziz = 72
    2. Ahmad Fariz Abdullah = 0
    3. Datuk Abd Rahman Palil = 6

 
    Presiden:

    1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    Timbalan Presiden:

    1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)


    Naib Presiden:

    1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi = 185
    2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal = 174
    3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein = 100
    4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir = 91
    5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam = 7
    6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad = 7


   Majlis Tertinggi:
  
    1. Datuk Seri Shahidan Kassim = 48
    2. Datuk Shamsul Anuar Nasarah = 40
    3. Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir = 1
    4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob = 55
    5. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin = 26
    6. Tan Sri Annuar Musa = 42
    7. Datuk Zahidi Zainul Abidin = 12
    8. Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan = 28
    9. Datuk Misri Barham = 0
    10. Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin = 36
    12. Datuk Musa Sheikh Fadzir = 21
    13. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek = 55
    14. Datuk Ab Aziz Kaprawi = 28
    15. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim = 54
    16. Datuk Seri Mustapa Mohamed = 57
    17. Datuk Sohaimi Shahadan = 24
    18. Datuk Seri Idris Jusoh = 55
    19. Datuk Mahdzir Khalid 51
    20. Datuk Razali Ibrahim = 47
    21. Dr Mohd Puad Zarkashi = 38
    22. Datuk Halimah Mohamed Sadique = 24
    23. Yusoff Ishak = 2
    24. Mohd Ariff Abdul Aziz = 0
    25. Datuk Seri Jamaludin Mohd Jarjis = 42
    26. Datuk Mokhtar Radin = 27
    27. Datuk Ab Wahab Ibrahim = 0
    28. Zawawi Othman = 3
    29. Datuk Raja Ropiaah Raja Abdullah = 15
    30. Datuk Rosni Zahari = 15
    31. Datuk Seri Jamil Khir Baharom = 55
    32. Datuk Abd Rahman Dahalan = 53
    33. Datuk Abd Latiff Ahmad = 38
    34. Razali Husain = 1
    35. Datuk Dr Norraesah Mohamad = 24
    36. Datuk Seri Azalina Othman Said = 41
    37. Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman = 2
    38. Datuk Md Alwi Che Ahmad = 16
    39. Datuk Azman Shah Omar Shah = 4
    40. Datuk Seri Mohamad Hasan = 46
    41. Datuk Tajuddin Abdul Rahman = 44
    42. Datuk Maznah Abdul Hamid = 8
    43. Datuk Hamidah Osman = 4
    44. Datuk Hassan Malek = 48
    45. Mohd Sazili Shahibi
    46. Abd Zarin Mohd Yasin = 1
    47. Datuk Mohamad Satim Diman = 17
    48. Dr Ahmad Kamal Ariffin Mohamed = 1
    49. Datuk Idris Haron = 53
    50. Datuk Mohd Zain Ismail = 0
    51. Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad = 17
    52. Datuk Nur Jazlan Mohamed = 12
    53. Datuk Nasir Safar = 5
    54. Azlan Man = 18
    55. Dr Zubir Harun = 2
    56. Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman = 7
    57. Mohsin Yusoff = 0
    58. Datuk Saifuddin Abdullah = 10
    59. Datuk Ishak Ismail = 2
    60. Tun Faisal Ismail Aziz = 6
    61. Tan Sri A. Rahim Tamby Chik = 11
    62. Datuk Ahmad Jaafar = 2
    63. Datuk Reezal Merican Naina Merican = 27
    64. Sapin @Sairin Karano @Karno = 2
-Sinar Harian
21:08 1

Mukhriz bukan anak bapak – Tun Siti Hasmah

Tun Siti Hasmah
Tun Siti Hasmah
PERNAH  menentangnya di gelanggang badminton di usia saya awal dua puluhan dulu. Waktu itu bukan aksi hebatnya yang saya perhatikan. Tapi saya amat kagum dengan apa yang tersarung di tumbuh wanita ini.
Beliau Wanita Pertama Malaysia ketika itu. Namun ia tidak sedikit pun membuatkan beliau bermegah dengan gelaran itu.
Ketika itu, beliau sekadar berkemeja-T dan seluar sukan jenama biasa. Dan apa yang paling membuatkan saya terpegun adalah kasut yang disarung.
Seperti tidak percaya, isteri seorang perdana menteri hanya memakai kasut sukan berjenama Bata di kakinya.
Penuh keibuan, ‘low-profile’ , kesederhanaan penampilannya itulah membuatkan beliau diingati. Beliau juga disenangi, disanjung serta dihormati sehingga kini. membuatkan beliau diingati, disenangi, disanjung serta dihormati sehingga kini.
Walaupun berpendidikan tinggi dan bekas seorang doktor perubatan, namun semua itu tidak menjadikan dia seorang yang mahu menonjol-nonjolkan dirinya.
Hanya mengikut suami dan bergerak di belakang tabir. Hanya memberi komen kepada wartawan apabila diminta berbuat demikian. Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, menjadi ‘ibu’ kepada rakyat Malaysia di zamannya.
Bersama Editor, Mazlinda Mohd Nor, Mohd Fazli Zainul Abidin dan jurugambar, Rosli Talib bertemu Tun baru-baru ini, ibu ini juga tidak menolak untuk bercerita tentang Marina, Melinda, Mokhzan, Mukhriz, Maizura dan Mazhar, anak-anaknya sendiri.
Untuk kali ini, ikuti apa kata Tun tentang Mukhriz?
Kontroversi Marina dan penglibatannya dalam NGO yang berhaluan kiri.  Apa pandangan Tun terhadap Marina dalam hal ini?
Marina memang sesekali dilihat seperti berhaluan kiri. Saya tidak nafikan perkara itu.
Tapi, Marina bukan anak kecil. Dia sudah cukup dewasa untuk menilai apa yang dia lakukan. Saya tidak pernah menghalang atau menentang aktiviti Marina. Dia diberi penuh kebebasan untuk menentukan pendirian dan pandangan sendiri.
Cuma jika sikapnya berlebihan, bapanya akan memberi nasihat. Itu pun sekadar nasihat yang memerlukan dia sendiri buat keputusan dan fikirkan kembali tindakannya itu.
Rakyat melabelkan Mukhriz sebagai ‘anak bapa’. Apa  yang mahu Tun lihat dalam legasi dan kejayaan politik Mukhriz sebelum Tun menutup mata?
Saya masih ingat, kali pertama Mukhriz melahirkan hasrat untuk terjun ke dunia politik, hati saya sungguh risau.
Saya kasihankan  dia. Saya kasihankan isteri dan anak-anaknya. Menceburi  politik bermakna isteri dan anak-anak Mukhriz perlu melalui apa yang pernah saya tempuh . Ia bukan satu perjalanan yang mudah.
Sekarang ini pun anak-anak Mukhriz hanya dapat bertemu beliau pada cuti hujung minggu. Anak-anak bersekolah di sini. Sedang sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz perlu berada di utara. Nak dipindahkan sekolah, di Kedah tiada sekolah antarabangsa.
Tapi  itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan.
Tapi itu kehendak Mukhriz. Saya tidak ada hak untuk melarang. Jadi sebenarnya saya seperti ‘rela dalam terpaksa’.
Sepanjang suami saya memegang tampuk pemerintahan negara, anak-anak hanya dibenarkan menjadi ahli dalam parti politik. Tetapi dilarang memegang apa-apa jawatan.
Dan kerana itu, semasa Tun Dr Mahathir masih menjadi Perdana Menteri, Mukhriz  tidak penah berbicara soal politik atau menunjukkan sebarang minat kepada kami berdua. Tetapi bila ‘larangan’ itu sudah tiada, barulah dia mula buka mulut tentang perkara ini. Jadi, sebelum itu, saya sendiri pun tidak nampak kecenderungannya dalam politik.
Saya tidak setuju dengan gelaran ‘anak bapak’ itu.  Kalau ‘anak bapak’ tentu dari awal suami saya sudah libatkan Mukhriz. Tentu sejak awal dia sudah dibimbing dan diberi tunjuk ajar  yang mungkin seperti anda katakan  ‘untuk meneruskan legasi Mahathir’. Tapi tiada. Sampai sekarang pun hanya sesekali, boleh dikira dengan jari,  Mukhriz tampil untuk meminta pandangan dan nasihat daripada bapanya.
Tahun 2009 waktu Mukhriz ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa, dia ada menelefon saya. Katanya, “Mummy depa lantik saya jadi timbalan menteri.”
Tapi daripada nada suaranya macam dia tak bersungguh-sungguh saja. Tak ada nada gembira atau sebaliknya.
Bila saya bagi tau suami, barulah suami bagi Mukhriz nasihat.
Dan dalam isu Kedah pula, setahu saya Mukhriz belum pernah meminta nasihat atau pandangan daripada bapanya.
Kalau orang kata ‘Mukhriz anak emak’ itu saya setuju.
Apa-apa hal Mukhriz selalu merujuk saya dahulu sebelum bapanya. Malah sebelum pilihan raya pun,Mukhriz bawa saya untuk berkempen. Bukan bapanya.
Kebetulan dulu semasa masih menjadi doktor, saya bertugas di Jerlun. Masyarakat veteran di sana sangat mengenali saya. Jadi,demi anak…saya tawarkan diri kepada Mukhriz untuk membantunya berkempen di sana.
Kalau Mukhriz ‘anak bapak’ lebih baik dia diteman bapanya sewaktu berkempen. Malah bapanya jauh lebih terkenal daripada saya sendiri….
Tapi selalunya Mukhriz sukar untuk mulakan ucapan jika saya ada bersamanya. Tak tahu kenapa, dia seperti ‘tergagap’ dan malu-malu.
Itulah Mukhriz….
Doa saya, moga Mukhriz dapat memimpin dengan baik. Paling penting mesti amanah menunaikan tanggungjawab terhadap masyarakat yang dipimpin.
Menjadi pemimpin, tanggungjawab terlalu besar. Jadi lakukan sebaik mungkin kerana ALLAH.
Walau sebelum ini saya seperti ‘terpaksa’ merelakan Mukhriz terjun ke dunia politik, namun saya tetap mendoakan agar dia berjaya dengan apa yang  diimpikannya.
Sudah kehendak Mukhriz untuk menyambung warisan kepimpinan bapanya, jadi sebagai ibu saya akan terus mendoakan dia melakukannya dengan jujur dan ikhlas.
Jika hasratnya mahu cemerlang seperti bapanya, lakukan sebaik mungkin! – Sinar Harian


21:07 0

‘Jumlah undi satu kejutan untuk saya’ – Mukhriz

CALON Naib Presiden UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013. – Foto Zef Othman
KUALA LUMPUR: Calon Naib Presiden dalam pemilihan UMNO 2013, Datuk Mukhriz Mahathir berpuas hati atas sokongan yang diberikan perwakilan sehingga membolehkan beliau memberikan saingan sengit kepada penyandang, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Ini adalah pertama kali saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO. Apabila dilihat sokongan berdasarkan undi yang diperolehi, ia adalah satu kejutan buat diri saya,” katanya ketika ditemui media di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, sebentar tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata demikian ketika menjawab soalan media selepas mengadakan pertemuan ringkas dengan Ahli Jawatankuasa Pemilihan UMNO 2013.

21:03 0

Serah tubuh bayar tambang teksi





]

Kuala Lumpur: Maruah diri sebagai bayaran tambang teksi. Itu yang terjadi kepada seorang pelancong dari Vietnam yang tergadai maruah dirinya selepas gagal membayar tambang teksi, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.50 malam itu, mangsa berusia 38 tahun datang ke negara ini untuk melancong selama seminggu sebelum mengambil keputusan melawat kakaknya yang tinggal di Jalan Mega Mendung, Taman OUG.

Sumber polis berkata, mangsa yang menaiki teksi di Jalan Kuchai Lama itu meminta dihantar ke rumah kakaknya malangnya pemandu teksi itu membawanya ke tempat lain sebelum meminta bayaran RM150 sebagai tambang.

Menurutnya, mangsa yang hanya ada RM50 ketika itu meminta pemandu teksi terbabit menghantarnya ke rumah kakaknya dulu dan akan membayar wang selebihnya selepas itu.

“Namun, lelaki itu melencong ke kawasan lain sebelum berhenti di kawasan gelap dan menyatakan mangsa perlu membayar tambang istimewa jika mahu pulang ke rumah kakaknya,” katanya.

Katanya, mangsa yang ketakutan menyerahkan AS$500 (RM1,500) namun lelaki itu yang masih tidak berpuas hati merampas pula telefon bimbit mangsa.

Beliau berkata, tidak cukup dengan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan dipaksa melayan nafsu seks pemandu teksi itu pula.

“Selepas dirogol, mangsa kemudiannya dihantar semula ke Jalan Kuchai Lama.

“Mangsa turut diugut agar tidak membuat laporan polis,” katanya.

Bagaimanapun mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Petaling.

20:57 0

Misteri kematian Puteri Diana terjawab?

Puteri Diana
SELAMA lebih tujuh tahun, kematian Puteri Diana masih menjadi misteri. Namun kini, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang  mengaku bertanggungjawab atas kematian bekas isteri kepada Putera Charles itu.

Menurut majalah Globe, lelaki tersebut mengakui bahawa dia telah diarahkan untuk membunuh ibu kepada Putera Willian dan Putera Harry itu.

“Lelaki tersebut diberi tugas bagi memastikan Puteri Diana tidak keluar dengan selamat dari sebuah terowong, Pont de l’Alma di Paris, ketika tarikh beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya (31 Ogos 1997).

“Ketika kejadian mendiang menaiki kereta bersama kekasihnya, Dodi Al-Fayed, yang merupakan anak seorang jutawan Mohamed Al-Fayed, seorang pengawal peribadi, Kes Wingfield, dan pemandu kereta, Henri Paul,” kata sumber tersebut.

Sumber menjelaskan, sehingga kini pihak polis masih mencari motif kemalangan yang berlaku, walaupun lelaki misteri itu telah tampil membuat pengakuan.

Tinggal momen

Mengimbas serba sedikit mengenai puteri kesayangan ramai itu, mendiang Diana merupakan seorang wanita yang sangat baik hati dan sering melakukan kerja amal.

Sikapnya yang penyayang dan prihatin membuatkan dia disayangi ramai, terutamanya kanak-kanak.

Puteri Diana dan Putera Charles, berkahwin pada 29 Julai 1981 di Gereja St Paul, London.

Perkahwinan diraja ini berlangsung dengan meriahnya apabila dihadiri ribuan penduduk England dan pelancong dari luar negara.

“Perkahwinan Puteri Diana dan Putera Charles pada ketika itu turut mendapat liputan meluas di televisyen seluruh dunia bagi menyaksikan pasangan diraja.

“Pasangan ini juga dikurniakan cahaya mata Putera William dan juga Putera Harry,” kata sumber – Sinar Harian


20:51 0

Chong Wei jumpa Chen Long final Terbuka Denmark

lcw1
KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei hanya selangkah lagi untuk meraih gelaran keenam tahun ini apabila layak ke final pada Kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Denmark.
Chong Wei, selaku juara bertahan, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk mengalahkan pemain China, Du Penyu dengan keputusan 20-22, 21-6 dan 21-15 pada perlawanan separuh akhir, semalam.
Menurut laman kejohanan www.badmintondenmark.com, Chong Wei, 30, akan menentang pemain nombor dua dunia, Chen Long dari China, hari ini.
Chen Long menempah slot final apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-18 dan 21-13 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Untuk rekod, Chong Wei meraih lima gelaran tahun ini iaitu Terbuka Korea, Malaysia, India, Indonesia dan Terbuka Jepun.
Sebelum ini, beregu emas negara Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong tersingkir daripada kejohanan bernilai US$400,000 (RM1.262 juta) itu apabila kalah kepada gandingan baharu Korea Selatan, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dalam perlawanan suku akhir, Jumaat.- BERNAMA


20:48 0

Gadis 30 Tahun Tuntut RM21Bilion Daripada Kerajaan Malaysia, Gila!

gadis
Tak pasti sama ada pengadu  ini waras atau tidak ketika datang ke sebuah balai polis di Negeri Sembilan, semalam.
Begitu juga sejauh mana keaslian salinan repot polis ini masih boleh diragukan namun kalaulah ia betul-betul berlaku, maka tindakan ini memang sukar difahami.
Dalam salinan repot polis yang kini hangat beredar di laman-laman sosial, seorang wanita bernama Khamsiah menuntut RM21 bilion kerana kononnya sudah dijanjikan tuhan sebelum dia lahir lagi bakal menerima wang berkenaan.
Jadi disebabkan dia lahir di Malaysia, dia mahu claim wang berkenaan daripada Kerajaan Malaysia.
Bagaimana agaknya perasaan pegawai polis yang menerima repot ini, ya.
Mungkin juga hatinya terdetik, “Ya Tuhan, kegilaan jenis apakah ini?” – Mynewshub.my


20:33 0

Video: Mesin Pengeluar Sperm di China

Anda tidak perlu duduk/baring di tempat khas, kemudiannya “distimulasikan”(dirangsangkan) untuk mengeluarkan air mani selepas ini. Sebuah syarikat di China berjaya mencipta sebuah mesin pengeluar mani (sperma).
Mesin ini telah dipamerkan di Pesta Peralatan Perubatan Antarabangsa China yang diadakan baru-baru ini.
Syarikat SanWe, pencipta mesin ini, menjelaskan fungsi mesin ini sebagai “alat ini boleh membuat stimulasi pergerakan seperti vagina wanita”. Wow!!!
Keterangan produk di laman rasmi syarikat pula menyatakan: “Mesin ini boleh membuat stimulasi umpama vagina melalui urutan, sentakan, hisapan, getaran, dan boleh bertindak seperti vagina wanita terhadap kemaluan lelaki, mengeluarkan sperma dengan lebih cepat dan selamat”. Wah!!!
Sambung keterangan itu lagi, “Mesin ini adalah peralatan klinikal terbaik untuk mengeluarkan sperma.”
Hospital Cina memperkenalkan mesin baru yang boleh mengeluarkan sperma kepada penderma.
Sebuah hospital di China telah memperkenalkan sebuah mesin baru yang boleh membantu untuk mengeluarkan sperma kepada penderma. Menurut platform sosial Weibo, mesin automatik pengekstrak sperma itu telah diperkenalkan di sebuah hospital di Nanjing, ibukota wilayah Jiangsu.
Mesin yang berwarna putih, kelabu dan merah jambu itu mempunyai ‘paip urut’ di bahagian hadapan yang boleh dilaraskan mengikut ketinggian penderma.
Pengalaman baru: (Kiri) Seorang pelawat melihat mesin itu di sebuah pameran. (Kanan) Sebuah skrin kecil juga akan memainkan filem kepada pengguna
Kelajuan, frekuensi, amplitud dan suhu pada mesin ini juga boleh dikawal.
Ia turut mempunyai sebuah skrin kecil untuk memainkan filem yang dipilih pengguna untuk membantu mereka dalam proses pengekstrakan itu.
Pengarah Jabatan Urologi di Hospital Pusat Zhengzhou berkata mesin ini akan digunakan oleh pesakit yang mandul dan didapati sukar untuk mengeluarkan sperma dengan kaedah lama.
Sebuah laman web yang menjual mesin ini meletakkan harga GBP 2800 (lebih RM 13 ribu) dengan kata-kata promosi ‘ia memberikan pesakit rasa yang sangat selesa.’

20:09 0

Bunuh isteri hamil, enam ahli keluarga

bunuhisteri


Beijing: Pihak berkuasa China semalam menahan seorang lelaki disyaki menikam sehingga mati isterinya yang hamil enam bulan serta enam saudara mereka, termasuk dua warga emas.
Media melaporkan, kejadian berlaku di wilayah autonomi Ningxia.
Memetik jurucakap polis, media melaporkan lelaki terbabit dikenali sebagai Ma Yongdong, 24. “Sebelum kejadian suspek bertengkar dengan isterinya Lan Xiaohong,” lapor media. Beberapa jam kemudian, Ma bertemu Lan di rumah mentuanya di Pengyang dan pergaduhan tercetus di situ.
Polis berkata, suspek menggunakan sebilah pisau membunuh semua tujuh mangsa, membabitkan Lan, ibu bapa dan neneknya serta dua anak saudara wanita itu yang baru berusia empat dan satu setengah tahun. Polis menubuhkan pasukan khas serta menawarkan habuan RM51,000 untuk menangkap Ma – AP

20:06 0

Mati dalam tandas pesta ria

mayat
Alor Setar: Seorang wanita berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di dalam tandas sebuah tapak permainan pesta ria berhampiran Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.15 malam, Lee Seet Ying ditemui di dalam tandas oleh majikannya yang segera menghubungi ambulans untuk rawatan lanjut.
Majikan wanita itu Soo Ai Fong, 55, berkata, pada mulanya dia pelik kerana mendiang pergi ke tandas terlalu lama sebelum mengesyaki sesuatu kerana biasanya hanya mengambil masa lima minit.
“Saya rasa tidak sedap hati dan cuba menghubunginya, namun gagal. Selepas itu saya cuba memeriksa di dalam bilik air sambil mengetuk pintu, tetapi tiada jawapan.
mati
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
“Menyedari keadaan itu, saya segera menghubungi polis untuk meminta bantuan dan ketika ditemui, mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui – Hmetro Online

20:04 0

Anak tiri liar

belasan
Saya berkahwin lima bulan lalu dengan seorang duda tiga anak. Semua anaknya tinggal bersama saya selepas bekas isterinya enggan menjaga mereka.
Anak tiri saya semuanya perempuan berusia lingkungan belasan tahun. Saya pula tiada anak dan mula mengambil alih menjaga mereka.
Masalahnya, anak tiri saya liar dan sering pulang lewat ke rumah. Suami bekerja di luar kawasan dan pulang sekali sekala, menyebabkan mereka tiada pemantauan.
Apabila saya menegur, anak tiri mempertikaikan tindakan saya dan menganggap saya tidak layak menegur mereka. Saya masuk campur kerana memegang amanah suami supaya mendidik anak kerana mereka terbiar ketika bersama ibu kandung yang sibuk dengan perniagaannya.
Saya menjadi serba salah dan pernah mengadu kepada suami. Namun ia tidak membantu dan hubungan saya serta anak tiri bertambah tegang apabila mereka mengetahui saya mengadu pada suami.
Salahkah kalau saya membiarkan anak tiri terus berkelakuan liar?
MARIA
Klebang, Melaka
Menjadi tanggungjawab puan untuk mendidik anak yang juga darah daging suami, apatah lagi puan diamanahkan supaya berbuat demikian.
Puan selaku isteri perlu bijak memainkan peranan selaku ibu kepada mereka sebaik-baiknya. Jika puan mengelak, ibaratnya puan tidak berusaha melaksanakan amanah, sedangkan puan berkeupayaan dan layak memenuhinya.
Sebagaimana firman Allah dalam surah An- Nisa’ ayat 58, bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
Dalam erti kata lain, suami percayakan puan untuk menguruskan keluarga ketika ketiadaannya. Selain puan menjadi lambang kehormatannya, anak darah dagingnya yang dipelihara kini juga adalah maruah.
Andai puan berupaya menjaga dan membentuk anak, bermaksud puan juga menjaga keaiban dan kehormatan suami – Hmetro Online
19:59 0

Bahaya hidangan separuh masak

Beberapa minggu lalu, kita digemparkan dengan berita kematian empat individu akibat keracunan makanan disebabkan bakteria Salmonella yang terkandung dalam ayam masak merah.
Berita itu sekali gus mendapat perhatian masyarakat apabila bakteria Salmonella itu disahkan terkandung dalam ayam yang tidak disimpan dengan baik dan dibiar pada suhu bilik semalaman, sebelum dimasak pada hari kenduri.
Memetik kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Dr Ismail Abu Taat menjelaskan, ayam berkenaan tercemar dan mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.
Perunding Gastroenterologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr Wendy Lim Wan Dee berkata, bakteria Salmonella bukan hanya terdapat pada haiwan saja malah buah-buahan, sayuran, daging, telur selain produk tenusu.
sakit
ANTARA tanda-tanda jangkitan Salmonella ialah demam dan cirit-birit.
“Salmonella adalah sejenis kuman yang boleh hidup dalam keadaan persekitaran dengan oksigen atau tanpa oksigen. Ia ada di seluruh dunia dan hidup dalam haiwan termasuk manusia.
“Terdapat beberapa jenis bakteria Salmonella. Selain jangkitan biasa, ia juga boleh menyebabkan demam kepialu jika jenis kuman berkenaan ialah Salmonella Typhi,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu baru-baru ini.
Bakteria Salmonella ditemui seorang genius Pakar Patologi Veterinar Amerika Syarikat, Daniel Elmer Salmon. Walaupun Theobald Smith adalah individu sebenar yang menemui bakteria itu jenis (Salmonella Enterica Var Choleraesuis ) pada 1885, Dr Salmon adalah pentadbir program penyelidikan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA), dan kerana itu bakteria dinamakan sempena nama beliau oleh Smith.
Mengikut panduan asas penyimpanan makanan Kawalan Mutu Makanan Kementerian Kesihatan, orang ramai digalakkan menyimpan ikan atau daging mentah dalam ruang bekas ikan atau daging pada suhu dua darjah Celsius atau kurang.
Ini kerana ikan dan daging mengandungi kandungan protein dan kelembapan tinggi dan mudah dicemar bakteria. Disarankan ikan dan daging disimpan dalam bekas plastik yang kedap udara bagi mengelakkan kekeringan dan bau ikan pada makanan lain.
Menurutnya, Salmonella boleh menjangkiti manusia apabila individu memakan haiwan yang tercemar dengan kuman ini. Selain itu ia juga boleh merebak kepada haiwan ke haiwan yang lain.
“Lazimnya masakan yang dimasak mentah ataupun tidak dimasak sempurna menyebabkan kuman itu membiak dengan cepat seterusnya boleh mendatangkan bahaya jika dimakan dalam kuantiti yang banyak.
“Antaranya demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya dan sakit kepala. Jika pesakit mengalami keadaan lebih teruk, segera bawa berjumpa doktor,” katanya.
Dr Wendy turut memberitahu, keadaan akan lebih teruk jika bakteria itu sudah merebak ke bahagian organ dalaman seperti hati, paru-paru, buah pinggang dan lain-lain.
“Komplikasi biasanya berlaku apabila terlalu banyak rembesan toksin dikeluarkan di dalam usus. Toksin ini menyerap ke dalam saluran darah dan dibawa ke anggota badan seterusnya merosakkan organ berkenaan,” katanya.
Selain itu, kuman yang berada dalam darah akan menyebabkan berlakunya sepsis seterusnya mengakibatkan tekanan darah terlalu rendah dan menyebabkan berlaku kematian.
“Bakteria ini mengambil masa enam hingga 72 jam untuk memasuki sistem penghadaman manusia. Biasanya bermula dengan muntah, cirit-birit, sakit perut dan ada kala demam panas.
“Bagi mengelakkan kejadian ini orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati terutama dalam memilih produk makanan selain menjaga kebersihan. Elakkan memakan makanan yang mentah.
“Jika makanan yang dihidangkan kelihatan kurang masak, rasanya masam atau berlainan, buang makanan itu kerana berkemungkinan mengandungi kuman Salmonella. Pesakit yang menghidap cirit-birit, hendaklah selalu membasuh tangan dan menjaga kebersihan diri supaya tidak menjangkiti individu lain,” katanya.
Jelasnya lagi, semua individu berisiko dijangkiti Salmonella. Semakin berumur seseorang itu semakin tinggi risiko dijangkiti bakteria ini disebabkan sistem imunisasi yang rendah.
“Individu pada usia ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dalam memilih makanan. Selain warga tua, kanak-kanak juga antara yang berisiko disebabkan sistem ketahanan mereka juga rendah.
“Ibu bapa dinasihatkan supaya lebih peka terhadap makanan atau barang mentah yang dibeli bagi mengelak gejala Salmonella. Paling utama, aspek kebersihan yang perlu dititikberatkan,” katanya.
Keracunan makanan oleh bakteria Salmonella
Agen penyebab
Usus manusia dan haiwan (terutama usus ayam).
Haiwan perosak (tikus, lipas dan lalat).
Haiwan liar.
Makanan yang biasa dikaitkan dengan bakteria ini
Daging unggas dan yang berasaskan unggas.
Telur dan hasil telur.
Susu dan hasil tenusu
Hasil tenusu (keju, krim, kastard).
Cara merebak
Makanan tercemar sama ada sewaktu penyimpanan atau ketika penyediaan.
Pengendali makanan yang dicemari oleh haiwan (tangan ke mulut).
Tanda-tanda
Demam.
Cirit-birit.
Sakit perut.
Muntah.
Loya.
Sakit kepala.
Tempoh jangkitan
Antara enam jam ke 72 jam (biasa 12 – 36 jam).
Cara pencegahan
Masak daging, unggas dan telur dengan sempurna.
Elakkan memakan daging atau stik yang mentah atau separuh masak.
Gunakan peralatan yang berbeza (pisau, papan pemotong) untuk daging mentah dan yang telah dimasak.
Simpan makanan mentah dan yang telah dimasak dalam bekas berbeza.
Sumber : Hmetro Online


19:56 0

Ibu kerap sumpah ‘anak sial’

sial

Emak sering mengungkap saya sebagai ‘anak sial’ dan sering meluahkan sesalan tidak membunuh saya sejak kecil, sedangkan saya mempunyai pendidikan serta kerjaya baik.
Kini saya bekerja di sektor swasta dan mempunyai kehidupan stabil, tetapi ibu masih memberi gelaran buruk.
Apabila saya luahkan kepada ayah, dia hanya meminta saya bersabar.
Malah, sejak kecil lagi saya sering dipukul dan didera ibu. Tambah melukakan saya apabila dua adik saya selalu dapat barang yang diminta, sedangkan saya ditampar jika berhajatkan sesuatu.
Malah, sewaktu saya meluahkan hasrat ingin berkahwin bersama pasangan, ibu berkata dia memang suka dan tidak sabar untuk halau saya dari rumah.
Kadangkala saya berasa diri seperti anak tidak sah taraf dan apabila saya mengadu kepada namun ayah, dia berkata saya layak diwalikannya.
Saya sampai sekarang masih tidak tahu punca ibu membenci saya.
IEMA
Johor Bahru
Dang Setia simpati dan kagum mendengar masalah saudari. Ini kerana saudari sangat tabah menyimpan gelodak saban tahun. Malah, saudari kedengaran tiada dendam dan menyimpan hasrat ingin disayangi.
Bagi Dang Setia, jalan terbaik adalah saudari bersemuka dengan ibu dan tanya bagi menjawab persoalan mengapa saudari saja menerima layanan buruk, sedangkan dua adik saudari menerima kasih melimpah ruah.
Selain itu, bapa juga sumber yang boleh memberi jawapan mengenai sikap misteri ibuyang melayan saudari sedemikian.
Teruskan usaha memujuk dan berdoa semoga ibu saudari terbuka hati – Hmetro Online