Searching...
Saturday 2 November 2013
19:20 0

Piala Malaysia: ‘Ulat’ Jual Tiket Final RM120 Sekeping

Piala-Malaysia
KOTA BAHARU – Di sebalik langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membasmi penjualan tiket haram perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang esok, namun masih ada ‘ulat tiket’ yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.
Malah, mereka dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual sekeping tiket dengan harga sehingga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.
Tinjauan Bernama turut mengesan sekurang-kurangnya enam ulat tiket yang duduk secara berkumpulan di perkarangan stadium untuk mencari pelanggan.
Malah, golongan itu tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket untuk memudahkan pelanggan mengetahui mereka menjual tiket perlawanan akhir berkenaan.
Ia nyata menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Kelantan yang gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, yang dijual Rabu lalu.
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
Seorang penyokong The Red Warriors, Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, berkata beliau panas hati dengan tindakan ulat tiket yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.
“Saya cukup geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir dengan harga yang terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket.
“Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam pada hari tiket dijual. Saya kecewa kerana penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya,” katanya ketika ditemui di sini, Sabtu.
Sementara itu, Naib Presiden Kafa Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata jualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini,” katanya.
Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memasang sebuah skrin besar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket ke perlawanan akhir itu.
Selain meminta orang ramai menjaga kebersihan dengan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan, mereka juga dinasihatkan supaya menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan. – BERNAMA


19:12 0

‘Kaki’ Ustaz Azizan Kena Potong Bersepah Di Sungai Limau…Angkara Siapa?

kaki-1
Nampaknya, 48 jam terakhir sebelum pilihan raya kecil Sungai Limau berlangsung, kehangatan dan taktik terdesak untuk meraih undi semakin menjadi-jadi di situ.
Terbaru, beberapa patung (hanya bahagian bawah) yang dipotong kaki dan ditulis Kaki Ustaz dikesan digantung di beberapa lokasi.
Timbul persoalan ia angkara siapa?
Pihak Pakatan Rakyat (PR) dengan pantas menuding jari ia adalah perbuatan Barisan Nasional (BN) dengan mengaitkan ia kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai gula dan kaki bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Datuk Seri Azizan yang terpaksa dipotong.
Namun, di pihak BN pula menuduh ia perbuatan PR.
Ini kerana, jika PAS sanggup menggunakan teknik pertindihan gambar antara calon mereka dengan Ustaz Azizan, maka mungkin mereka atau parti lain dalam PR seperti PKR atau DAP menggunakan taktik kotor seperti itu.
Kalau difikirkan lojik, takkan sebodoh itulah jentera BN untuk meletak patung di merata tempat di kubu kuat Allahyarham Ustaz Azizan.
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
Buat apa hendak cari penyakit… sudah tentu benda itu akan menimbulkan kebencian kepada BN dan bukannya PR atau PAS.
kakikaki1kaki2kaki3kaki4
Ini taktik kempen yang sangat hina.
Rasanya, pihak polis perlu diminta menyiasat ia perbuatan siapa.
Janganlah begitu terdesak sangat untuk kedua pihak hendak menang sehingga menghina Allahyarham yang banyak jasa kepada penduduk Kedah dan Sungai Limau.
(Sumber Gambar: http://amenoworld.blogspot.com/)
**TERKINI: BN telah membuat laporan polis berhubung penyebaran patung tanpa kaki berkenaan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah membuat penafian yang BN terbabit dengan taktik kempen hina seperti itu.


18:52 0

Sauna songsang

KISAH 1: Kewujudan lebih 10 sauna khusus untuk lelaki di sekitar Kuala Lumpur bukan semata-mata untuk rawatan kecantikan, tetapi turut menjadi lokasi golongan lelaki gay melam­pias nafsu sejenis.
Kegiatan sauna songsang itu semakin berkembang secara haram di sebalik lesen pusat kesihatan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Dalam tempoh dua minggu, wartawan membuat tinjauan di beberapa pusat sauna gay sekitar Bukit Bintang, Jalan Klang Lama, Cheras dan Brickfields.
Secara keseluruhannya, dengan bayaran sekitar RM20 hingga RM30 sekali masuk ke pusat sauna songsang, golongan gay ini boleh mendapatkan perkhidmatan bilik sauna, bilik stim serta beberapa kemudahan lain, termasuk gimnasium mini dan kafe.
saunaPELANGGAN hanya bertuala dan menyimpan semua barang dalam almari kecil sebelum naik ke tingkat atas untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.
Hasil pemeriksaan maklumat menerusi Internet membawa wartawan ke sebuah pusat sauna gay di Jalan Sultan Ismail – Hmetro Online


18:47 0

Punggung diramas Negro dalam lif, wanita Melayu trauma

“Sebaik pintu lif terbuka sahaja, saya ternampak lelaki negro sedang meraba punggung dan tubuh gadis Melayu. Namun saya tidak boleh berbuat apa akibat tergamam melihat kejadian itu. Lagipun tubuh lelaki itu sasa dan besar. Mangsa kelihatan berada dalam ketakutan sangat,” jelas gadis Melayu berusia 24 tahun, kini menetap di apartmen di Flora Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Flora kini dikenal pasti menjadi lubuk penempatan warganegara Afrika terutama dari Nigeria.
Menurut pengawal keselamatan, Santa Tamang, 20 tahun, berasal dari Nepal, dia bertugas di blok F sejak 2 bulan lalu.
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
“Saya memang ada ronda,” katanya ringkas.
Tanpa mengenali identiti saya, dia berasa tidak begitu selesa berkomunikasi. Sewaktu gambarnya dirakamkan, dia cuba tunduk.
“Ambil gambar, kes itu security guard tembak punya ke?,” soalnya.
Rupanya, dia juga mengetahui kes pegawai operasi Ambak ditembak mati oleh pengawal keselamatan di Subang Jaya, Selangor lebih seminggu lalu.
Sebaik rakan setugasnya, Akash Kumar datang menghampiri, fakta mula dIdedahkan.
“Sudah berapa lama kerja?,” soal saya.
“Dia dua bulan, saya empat bulan,” balas Akash.
Kami kemudian memfokuskan perbincangan kepada isu gangguan negro terhadap wanita tempatan.
“Satu bulan lepas, kira-kira jam 3 petang, lelaki negro meraba punggung seorang perempuan Melayu di dalam lif di tingkat 23. Dia datang berjumpa saya, menangis teresak-esak. Ada juga kes lelaki dan teman wanita perempuan negro bergaduh di dalam lif. Dua hari lalu, empat kenderaan peronda polis datang ke sini,” jelasnya.
Akash menetap di Malaysia sejak 4 tahun lalu dan dia agak fasih berbahasa Melayu.
“Saya berdoa setiap kali pintu lif terbuka, tiada negro akan menaiki lif bersama saya. Saya takut sangat, berpeluh. Sebelum ini, saya menghantar anak kepada pengasuh di blok E. Setiap kali menaiki lif, saya berasa amat khuatir,” ujar Iris Nani Khalid, 36 tahun, sewaktu saya temui.
Sewaktu berada di lokasi sama, saya terserempak pelajar kolej warga Nigeria, Bruno Jospeh, 23 tahun.
Tatkala berada di lokasi, saya berpeluang merakamkan senario amat menarik. Gadis tempatan, berusia dalam lingkungan 20 an sedang menunggu lif dan tiba-tiba muncul seorang lelaki Afrika, berdiri pada jarak 2 meter darinya.
Saya perhatikan, wajah gadis itu berubah pucat dan gerak-gerinya menunjukkan dia berasa kurang selesa.
Sambung baca pendedahan oleh Mazidul Akmal 

18:44 0

(Video) Rahsia ‘penolakan’ Hudud oleh Tun M dibongkar


Bertanyakanlah perihal perkara kepada ahlinya. Jangan malu dan segan, kelak kamu tetap kekal dalam kebodohan.
Bodoh menjadi lebih parah apabila menyombong maka lahirlah bodoh sombong. Bodoh sombong yang tidak ubati nescaya melarat seperti virus yang akhirnya melahirkan insan seperti pemimpin-pemimpin PAS
Sekian, tontonlah dengan berlapang dada


18:40 0

Pos Malaysia didakwa curi gambar jurugambar asing

Adakah kedua-dua gambar ini burung yang sama?
Seorang jurugambar yang berpejabat di Manila nampaknya begitu pasti. Dia menuduh Pos Malaysia “mencuri” salah satu fotonya dan menggunakannya pada setem pos Malaysia.
Romy Ocon berkata, beliau sedang mendapatkan nasihat peguam mengenai tindakan terhadap Pos Malaysia selepas mendapati salah satu fotonya mungkin telah digunakan tanpa kebenarannya sebagai sebahagian daripada koleksi setem Tahun Melawat Malaysia 2014.
“Nampak seseorang telah mencuri salah satu foto saya – foto burung Shrike berekor panjang (Lanius schach) – kemudian tersilap menggunakan sebagai burung Falconet berdada putih dalam setem yang dikeluarkan oleh Malaysia,” tulis Romy Ocon di laman forum dikenali sebagai Digital Photography Review.
Di bawah tajuk, ‘foto saya telah dicuri dan digunakan dalam setem Malaysia?’, Romy mencerita bagaimana dia menemuinya dan membandingkan gambar asalnya dengan yang dipaparkan pada setem di bawah satu kempen pelancongan.
Apabila Yahoo Malaysia klik pada pautan yang kononnya menyambung ke halaman Facebook Pos Malaysia, ia memaparkan “kandungan ini tidak ada buat masa kini.”
Aduan Romy itu turut dipaparkan di forum Fred Miranda, satu lagi laman perbincangan dalam talian untuk fotografi.

‘Dua kesilapan besar’
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
Dalam tulisan di forum itu, Romy mendakwa bukan sahaja foto tersebut didakwa digunakan tanpa kebenaran, tetapi ia juga salah kapsyen.
Menurutnya, “sesiapa yang membuatnya, telah melakukan dua kesilapan besar. Pertama, mencuri gambar saya dan menggunakannya tanpa kebenaran, dan kedua, sangat jahil, kerana Falconet berdada putih sangat berbeza dengan Shrike berekor panjang.”
Romy (kanan) menambah, “Saya pasti kerajaan Malaysia tidak akan dengan sengaja membenarkan perbuatan keji ini (yang sepatutnya sangat memalukan mereka), dan saya berharap mereka akan menyiasat siapakah yang melakukan ini dan membetulkan kesilapan itu.”
Dalam temubual emel, Romy memberitahu Yahoo Malaysia bahawa beliau sedang berbincang dengan peguamnya mengenai langkah seterusnya yang boleh diambil berhubung tuduhan tersebut.
Yahoo Malaysia juga bertanya kepada Romy sama ada beliau yakin itu adalah fotonya. Katanya, beliau melakukan satu analisis ke atas foto tersebut dan mendapati ada banyak ciri-ciri yang sama di antara gambar pada setem itu dengan gambarnya. Anda boleh melihat analisis tersebut di sini.
Beliau menyediakan kepada Yahoo Malaysia satu lagi analisis video, yang menunjukkan bagaimana gambar tersebut mungkin telah diedit dengan menindih (superimpose) ciri-ciri pada imej asal, menggunakan perisian menyunting foto .
“Terdapat analisis lain oleh jurugambar dalam thread dalam DP Review dan Fred Miranda, yang mengesahkan bahawa foto-foto itu adalah imej yang sama. Saya yakin bahawa satu analisis oleh pakar-pakar bebas, akan mengesahkan perkara yang sama.
“Saya mempunyai fail RAW imej tersebut, jadi saya boleh membuktikan milik hak cipta dalam mana-mana forum atau tempat,” kata Romy yang terlibat dalam bidang fotografi hidupan liar sejak 2004.
Yahoo Malaysia bertanya kepadanya sama ada beliau pernah mengalami kecurian gambar sebelum ini. “Ya, banyak kali. Tetapi ini adalah kali pertama sebuah institusi kerajaan, dan jiran di Asia Tenggara, terlibat,” kata jurugambar berusia 48 tahun itu.
Yahoo Malaysia difahamkan bahawa Pos Malaysia sudah menyedari mengenai tuduhan tersebut dan sedang bertemu Tourism Malaysia berhubung perkara itu. Yahoo Malaysia diminta mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi itu lewat hari ini.
Romy memberitahu kami bahawa beliau akan menasihati jurugambar lain supaya hanya menyiarkan versi kecil foto mereka dalam talian dan hendaklah sentiasa meletakkan watermark pada hasil mereka untuk mengelakkan dicuri.
- Yahoo Malaysia
18:36 0

Gambar: Bayi ‘Serigala’ Dilahirkan Penuh Bulu

Seorang bayi perempuan di Madhavnagar, Sentral India, dilahirkan penuh bulu dari hujung rambut sampai hujung kaki setelah mewarisi gen ‘serigala’ daripada susur galur keturunannya.
Ia sebenarnya satu kecacatan genetik namun dikenali sebagai ‘Sindrom Serigala’ dalam dunia perubatan, di mana bulu akan tumbuh dengan lebatnya di seluruh badan tanpa dapat dikawal.
Begitu pun Savita Sambhaji Raut, 26, ibu kepada bayi tersebut menyatakan dia tetap menyayangi darah dagingnya itu sepenuh hati.
Mengakui risau dengan masa depan anaknya, Savita bagaimanapun reda kerana percaya dia telah dipilih Tuhan untuk melalui keadaan tersebut.
Bayi Savita, sebenarnya cuma satu daripada beratus lagi kes Sindrom Serigala yang dilaporkan.
Sesetengah pengidap mula ditumbuhi bulu sejak dilahirkan manakala sebahagiannya ketika menginjak dewasa. Bulu-bulu yang tumbuh pula melibatkan seluruh badan dan ada juga kes, di bahagian tertentu sahaja.
Malang bagi pengidap Sindrom Serigala, tidak ada penawar buat masa ini bagi mengubatinya jadi mereka perlu meneruskan hidup dalam keadaan berbulu lebat berbanding manusia biasa.




18:34 0

VIDEO: Bila Nenek Marah Minyak Naik Harga

Seorang nenek di UK meluahkan kemarahan terhadap kenaikan harga minyak dengan cara tersendiri dan jarang dilakukan orang seusianya iaitu bermain video game.
Menggunakan nama Gamergran87, rakaman nenek tersebut bermain Grand Theft Auto V penuh perasaan dimuatnaik di YouTube hingga menarik perhatian ramai.
Dalam permainan tersebut dapat dilihat warga emas itu melepaskan perasaan dengan membelasah, menembak dan membunuh sesiapa sahaja di samping melakukan kemusnahan sambil memaki British Gas kerana menaikkan harga.

Video berkenaan turut memasukkan amaran bahawa ‘bahasa yang digunakan agak keras tetapi saya perlu melepaskan kemarahan selepas menerima surat daripada British Gas!’
Begitu pun tidak dapat dipastikan sama ada video ini benar-benar dimuatnaik oleh nenek tersebut atau pihak lain dengan tujuan tertentu. – Mynewshub.my

18:30 0

Cuma Mampu Lihat Isteri Ditikam Secara ‘LIVE’

Bagai dalam filem aksi cemas, seorang suami hanya mampu melihat isterinya ditikam depan mata tanpa mampu berbuat apa-apa apabila kejadian berlaku semasa mereka sedang berhubung menerusi ‘video chat’.
Justin Pele Poole, tentera Amerika yang bertugas di Barat Daya Asia sedang berbual dengan isterinya,
Rachel Poole, 31, apabila seorang lelaki tiba-tiba memecah masuk kediaman mereka di El Paso, Texas lalu menikam isterinya yang sedang sarat mengandung berkali-kali sebelum melarikan diri, malam Rabu lalu.

Rachel yang mengenali penyerangnya menjerit nama lelaki tersebut agar didengar Justin sebelum menelefon 911 untuk meminta bantuan dalam keadaan lemah.
Doktor berjaya menyelamatkan Rachel yang mengalami kecederaan di badan dan wajah, begitu juga bayi dalam kandungan yang dijangka akan dilahirkan dalam masa seminggu lagi.
Tapi malangnya, Rachel kehilangan sebelah mata akibat insiden tersebut.
Dalam pada itu, tindakan Rachel menjerit nama penyerangnya memudahkan Justin melaporkan kejadian kepada rakan dan pihak berkuasa agar dapat menahan suspek dengan segera.
Penyerang Rachel dikenali sebagai Corey Moss, 19, yang mempunyai hutang dengan Justin.
Justin sepatutnya bertugas selama sembilan bulan di Barat Daya Asia namun ekoran kejadian ngeri ini, dia dibenarkan pulang serta merta untuk berada di sisi Rachel yang mengalami trauma – Mynewshub.my


18:25 0

Merana Selepas Rambut Palsu Mengandungi Ulat

Nairobi – Menjijikkan. Kerana ingin cantik, seorang wanita tidak menyedari bahawa rambut palsu yang disambung ke kepalanya itu adalah rambut yang diambil daripada orang yang sudah mati.
Lebih geli, rambut palsu itu mengandungi telur ulat.
Perkara itu terbongkar selepas wanita itu, Irene Myangoh yang juga seorang pembantu peribadi di sebuah firma guaman,mengalami sakit kepala yang melampau selepas menjalani rawatan menyambung rambut.
Meskipun beberapa kali mengambil ubat penahan sakit, namun ia gagal menyekat kesakitan berkenaan.
Malah ujian darah dan otak yang dijalaninya juga gagal mengesan puncanya.
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
Hanya selepas dia menjalani ujian kulit kepala, barulah Myangoh mengetahui punca kesakitan berkenaan.
Rupa-rupanya ulat itu sedang membiak dan makan kulit kepalanya.
Dalam pada itu,pengurus salon yang terlibat dalam menyambung rambut Myangoh berkata, dia amat terkejut selepas mengetahui mengenai kejadian yang menimpa Myangoh itu.
Jelasnya, dia telah menjual 150 keping rambut palsu yang diimportnya daripada pembekal di Britain, Amerika Syarikat dan India dalam masa kurang dua bulan.
“Saya akan mendapatkan maklumat daripada pembekal saya itu.
“Saya amat terkejut apabila mendengar kejadian yang menimpa Myangoh kerana ini baru kali pertama saya berdepan dengan situasi seperti ini,’’ katanya.
Jelasnya, pembekal rambut tersebut mungkin telah menghantar rambut yang telah ditolak oleh kilang.
Pembekal terbabit juga bersetuju membayar pampasan kepada Myangoh.
Dalam pada itu, pakar bedah di hospital Nairobi, Dr. CK Musau berkata, beliau telah berdepan dengan 10 kes melibatkan kejadian sama, dalam masa enam bulan.
“Amat mengejutkan bagaimana budaya barat telah meresap dan mempengaruhi golongan muda di Kenya. Mereka sepatutnya menghargai rambut semulajadi mereka,’’ katanya.
*Gambar hiasan

18:24 0

Gambar: Misteri Tapak Kaki Gergasi Di Terengganu

MARANG – Penemuan kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk luar biasa dalam kebun kelapa sawit di kawasan hutan Bukit Mak Ra di Pengkalan Berangan, di sini, menggemparkan penduduk setempat, selain menimbulkan pelbagai andaian.
Wakil penduduk, Mat Adam Mat Amin, 60, mendakwa, beberapa kesan tapak kaki ganjil itu ditemui anak sepupunya di sekitar kawasan kebun kelapa sawit milik keluarga mereka di kawasan hutan berkenaan sejak seminggu lalu.
Katanya, selepas diberitahu mengenainya, dia bersama beberapa penduduk kampung terus ke kebun berkenaan lalu menemui beberapa kesan tapak kaki ganjil.
“Kesan tapak itu seperti tapak kaki manusia gergasi dan mempunyai dua saiz. Tapak kaki bersaiz besar kira-kira 40 sentimeter panjang dan 20 sentimeter lebar manakala yang bersaiz kecil 30 sentimeter panjang dan 15 sentimeter lebar,” katanya kepada Sinar Harian.
Mat Adam yang lebih dikenali sebagai Pak Rani berkata, mereka percaya dua saiz tapak kaki berbeza itu adalah milik makhluk hidup berkaki dua yang mempunyai ketinggian dan berat luar biasa berbanding manusia normal.
“Berdasarkan kedalaman tapak kaki berkenaan, makhluk hidup berkaki dua itu mungkin mempunyai berat melebihi 300 kilogram bagi tapak kaki besar, dan berat sekitar 200 kilogram bagi tapak kaki yang kecil,” katanya.
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
Tinjauan Sinar Harian bersama Pak Rani dan beberapa penduduk di kawasan kebun kelapa sawit itu mendapati beberapa kesan tapak kaki masih jelas kelihatan walaupun sedikit berubah kerana faktor hujan dan sebagainya.
Bagaimanapun kata Pak Rani yang diberi tanggungjawab menjaga kebun berkenaan, sehingga kini belum ada penduduk terserempak dengan makhluk ganjil termasuk spesies binatang buas di kawasan hutan tersebut.
Penemuan bukan kali pertama
Sementara itu, rakannya, Daud Ali, 50, mendakwa, kesan tapak kaki bersaiz besar dengan bentuk seperti kaki manusia sudah ditemui sejak 17 tahun lalu iaitu pada 1996 di kawasan hutan Bukit Temiang dan pada 1997 di Bukit Jejulung.
“Malah ada juga pihak pernah melihat kelibat ‘makhluk gergasi’ yang dipercayai ada hubung kait dengan penemuan kesan tapak kaki tersebut di jambatan Kampung Bukit Jetit apabila makhluk setinggi tiang api (elektrik) itu melintas jalan,” katanya.
Bagi Daud, penemuan kesan tapak kaki tersebut mungkin ada persamaan dengan misteri kewujudan ‘big foot’ iaitu makhluk yang dikatakan mempunyai bulu di seluruh badannya.
“Namun, sehingga kini masih tiada penemuan sebenar tentang makhluk itu menyebabkan andaian mengenai tapak kaki tersebut adalah tapak kaki ‘big foot’ terus menjadi misteri,” katanya.
Difahamkan, pemburuan untuk membongkar misteri kewujudan ‘big foot’ juga dilakukan penduduk di kawasan berkenaan diketuai Pak Rani.
Bagi seorang pemuda, Mohd Zullaidi Wahab, 33, penemuan kesan tapak kaki itu menjadi bualan penduduk khususnya golongan muda, namun bagi sesetengah golongan berusia, ia dianggap perkara biasa.
“Ini kerana mereka sering menemui kesan tapak kaki tersebut, namun tidak menghebohkan perkara itu kerana bimbang akan menimbulkan ketakutan kepada penduduk setempat,” katanya. – Sinar Harian Online


18:21 0

Mandi dulu, baru lumur

urut1Kuala Lumpur: Dimandikan wanita muda berpakaian seksi sebelum melakukan urutan berahi menggunakan keju yang dilumur ke beberapa bahagian anggota badan
.


Itulah teknik terbaru beberapa pusat urut di sekitar Lembah Klang untuk menarik pelanggan, terutama lelaki hidung belang yang sentiasa mahukan kelainan dalam teknik urutan batin.
Taktik itu dikesan wartawan Metro Ahad di sebuah pusat urut di Serdang, dekat sini, yang sekali pandang seolah-olah hanya menawarkan khidmat urutan badan kepada pelanggannya.
Pakej istimewa ‘urut keju’ ini diberi kepada pelanggan yang ingin dibelai wanita muda dari Vietnam, China dan Indonesia.
urut
KEJU yang digunakan untuk urutan.
Menerusi pakej ini, pelanggan bebas memilih tukang urut yang diingini sebelum mereka dimandikan wanita berkenaan, seterusnya anggota badan mereka dilumur dengan keju – Hmetro Online


18:20 0

Gelandangan ‘mewah’ makan

Lelaki itu bersikap pemilih disebabkan gelandangan di kawasan berkenaan sentiasa mewah makanan berikutan keprihatinan warga kota dan pelbagai NGO yang kerap turun padang mengedar makanan pada malam minggu.
Dalam kata lain, mereka boleh memilih makanan disukai, manakala yang lain ditolak secara baik.
Situasi itu disaksikan wartawan Metro Ahad yang dipelawa NGO berkenaan menyaksikan program penyerahan makanan kepada gelandangan sekitar Pudu Sentral.
pengemisRASHIRULEMMA menghulur makanan kepada gelandangan yang berehat di kaki lima jalaan.
Seorang gelandangan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli, 37, berkata, pada malam itu saja mereka menerima stok makanan yang mencukupi hingga keesokan hari – Hmetro online