Searching...
Saturday 30 August 2014
05:05 0

3 Gambar Muka Bayi Bengkak Teruk Kerana Semut Charlie

Muka Bayi Bengkak Teruk Kerana Semut Charlie
3 Gambar Muka Bayi Bengkak Teruk Kerana Semut Charlie | Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Melissa Melly telah berkongsi dua gambar yang menunjukkan wajah seorang bayi malang digigit oleh seekor semut yang paling digeruni oleh umat manusia iaitu Semut Charlie.
Seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa kepada serangga ini, Semut Charlie ini gemar berada di tempat yang bersuhu lembab terutamanya di tuala yang lembab. Jika terkena gigitannya, mangsa akan berasa panas dan seperti terkena api dengan serta-merta.
semut charlie
Tetapi jangan pula digaru, kerana ia mudah merebak dan membengkak. Jika terkena banyak gigitan, kulit akan melepuh seperti terkena air panas. Mangsa juga akan berasa pedih dan gatal-gatal. Jangan sesekali cuba memecahkan kesan lepuh kerana ia boleh menyebabkan air bisa tersebut merebak ke bahagian kulit yang lain.
Dalam tempoh 7 hari, rasa gatal akan mula hilang.
Dan apabila sudah kering, ia akan meninggalkan kesan parut seperti terbakar. Sapukan dengan ubat seperti Bio Oil untuk menghilangkan kesan-kesan parut.
Semut Charlie ini juga selalu ditemui di kawasan sawah padi.
Namun, kejadian yang menimpa bayi berkenaan bukanlah berpunca dari semut Charlie. Ia sebenarnya penyakit Neurofibromatosis. Dan gambar bayi itu diperolehi dari negara jiran, Thailand.
unnamed

0 comments:

Post a Comment