Searching...
Friday 29 August 2014
01:48 0

BIKIN VIDEO LUCAH TEMPATAN, 6 SI BOGEL DIPENJARA

ENAM individu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, semalam.

Balik Pulau: Mahkamah Majistret, di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM5,000 terhadap enam daripada 10 individu yang mengaku bersalah kerana terbabit dalam rakaman video sukan bogel di Pantai Teluk Kampi, 30 Mei lalu.

Majistret Muhammad Najib Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Loh Kok Hong, 41, Mu Wai Peng, 34, Justin Ang Ji Keng, 24, Yam Kam Hoong, 54, Lionel Loo Joo Hong, 52, dan R Nandakumar, 40.

Hukuman itu bermula semalam dan sekiranya gagal membayar denda, mahkamah menetapkan hukuman penjara tiga bulan.

Semua mereka dituduh mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 294 akta sama yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan dan denda atau kedua-duanya sekali.

Seorang daripada tertuduh, Yam dikenakan hukuman penjara enam bulan bermula semalam kerana menghasilkan video lucah.

Muhammad Najib berkata, dalam soal adab sopan, rakyat Malaysia sangat mengambil berat mengenainya dan jelas tidak selesa dengan kelakuan negatif yang dilihat boleh mencemar nama baik negara.

Sementara itu, empat lagi tertuduh yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan jaminan RM4,000 dan mahkamah menetapkan 16 Oktober ini sebagai sebutan semula kes.

Mereka yang tidak mengaku bersalah ialah Chew Tok Hwa, 57, Chan Chin Weng, 27, Teh Guan Hoon, 37, dan Kong Meng Leong, 38.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Unit Pendakwaan Datuk Razali Che Ani.

0 comments:

Post a Comment