Searching...
Wednesday 17 September 2014
20:53 0

Azwan Kombos Terkena Nasi Kangkang



Gara-gara cemburu terhadap persahabatan Azwan Kombos dengan pendatang baru Shima, pelakon yang mahu dikenali sebagai Adibah Yunus telah menganiayai aktor itu.

Tanpa disedari, Azwan sebenar telah terkena bahana nasi kangkang yang dilakukan oleh Adibah hingga membuatkkan pelakon lelaki itu secara tiba-tiba berubah dan menurut saja segala kata-kata wanita itu. Serius.

Semua itu dapat peminat sendiri saksikan menerusi lakonan ketiga-tiga pelakon ini menerusi filem terbaru mereka berjudul 'Nasi Tangas' ('Nasi Kangkang').

Berkongsi pengalaman menjiwai watak Hairi yang terkena nasi kangkang akibat perbuatan isterinya sendiri, Amira (lakonan Adibah Yunus), Azwan berkata watak kali ini sangat mencabar. Selain diberi keercayaan buat pertama kali memikul watakk utama, ada beberapa cabaran lain yang dilalui pelakon kelahiran Kota Belud, Sabah ini sepanjang pengambaran filem seram itu.

"Saya bersyukur diberikan kepercayaan untuk memengang watak utama. Ini juga peluang saya membuka mata banyak pihak tidak kira di dalam mahupun di luar industri menilai bakat saya.

"Sebagai pelakon baru, cabaran kali ini ada banyak. Salah satunya, saya perlu memainkan watak identiti perubahan karakter. Bermula dari seorang lelaki normal sehinggalah transisi sebelum, semasa dan selepas terkena nasi kangkang. Disebabkan terlalu menjiwai watak, ada ketika ia terbawa-bawa juga diluar set.

"Selain itu saya juga perlu melakonkan babak intim dan ada babak yang saya kena makan ulat", katanya yang juga berdebar menantikan reaksi peminat-peminat memandang ini filem pertamanya selaku teraju utama.

Azwan ditemui pada sesi previu filem arahan Hashim Rejab itu bertempat di e@curve, kelmarin.

Dalam pada itu, pelakon berusia 29 tahun ini mengakui kurang selesa apabila melakonkan beberapa babak intim dengan Adibah. Namun ia dilakukan sebagai memenuhi tuntutan pengarah

"Untuk watak intim, sejujurnya saya berasa sangat tidak selesa melakonkan babak itu. Sebab sepanjang penggambaran, bagi saya babak intim tu memang ekstrem

"Tetapi memandangkan ianya kehendak pengarah dan tuntutan skrip, saya profesional dan sudah cuba memberikan yang sebaik mungkin. Babak itu mungkin nampak lebih real apabila ditambah dengan teknik kamera.

"Babak makan ulat juga mencabar. Ada beberapa kali take. Bayangkan saya terpaksa makan ulat tu betul-betul dan babak itu juga dapat dijayakan dengan teknik kamera. Geli tu memang geli tapi pengarah terlebih dahulu yakinkan saya. Beliau juga sama pegang ulat tu,"katanya.

Nasi Tangas terbita MIG Production turut dibintangi barisan pelakon Along Ezendy, Delimawati, Din Wahab dan Hermantino. Filem ini bakal menemui penonto di pawagam mulai 18 September 2014.

Tengok Nad Zainal Dari Jauh

Sementara itu menyentuh mengenai kehidupannya kini, Azwan berkata sehingga kini dia belum menemui pengganti. Selepas mengakhiri hubungan cinta bersama aktres Nad Zainal, dia hanya menumpukan pada kerja dan belum terdetik untuk mencari cinta yang baru.

"Kehidupan baru sekarang? Bagi saya, selagi saya belum berkahwin, saya belum mendapat kebahagian sepenuhnya. Tapi saya bersyukur dengan kehidupan sekarang.

"Saya tiada masalah nak bercinta dengan sesiapa pun sama ada dikalangan arti atau pun bukan. Jodoh tu ketentuan Allah, saya terima dengan terbuka. Tapi buat masa ini saya tak mencari. Saya fokus pada kerja saja. Walaupun sebenarnya saya target nak kahwin masa umur 27 tapi nak buat macam mana kan...", tuturnya sambil tersenyum.

Kata Azwan lagi, sejak putus dengan Nad, dia masih mengikuti perkembangan bekas kekasihnya itu termasuklah berita desas desus baru-baru ini mengatakan Nad ada masalah dengan kekasihnya Hefny Saat.

Namun tegas Azwan, dia tidak mencampuri urusan juga hal yang berkaitan dengan wanita itu.

"Saya tahu dia ada masalah tapi saya tak campur lah hal dia. Saya hanya dengar saja.

"Saya juga tak benci dia. Rasa sayang saya pada dia masih ada cuma rasa cinta tu sudah tidak ada lagi.

Ditanya pihak media mungkinkah apa yang terjadi antara Nad dan Hefny sebagai satu karma, Azwan spontan tersenyum dan berkata,

"Tak... Itu roda-roda kehidupan. Biasalah, orang bercinta, ada yang putus. Cuma dia ambil masa dalam sekejap", katanya.

Sumber

0 comments:

Post a Comment