Searching...
Monday 20 October 2014
01:08 0

(25 Gambar) Punca Sebenar Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Kemalangan Di Lebuhraya Karak

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi disahkan maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah dalam kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta yang mengakibatkan seorang penunggang motor rentung manakala rakannya maut dirempuh dalam insiden terbabit.
Pihak Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan pada jam 11.22 pagi dan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian bagi memadamkan kebakaran motosikal.
Seorang mangsa yang parah telah dikejarkan ke hospital manakala dua yang lain maut di tempat kejadian.
Kemalangan berkenaan dikatakan berpunca apabila sebuah treler yang melintang di sepanjang lebuhraya Karak. Kemudian, sekumpulan motosikal berkuasa tinggi ini sedang menuruni bukit beramai-ramai. Keadaan menjadi tidak terkawal menyebabkan mereka merempuh sesama sendiri apabila keadaan lebuhraya sesak disebabkan oleh treler terbabit.
kemalangan ngeri di Lebuhraya KarakKemalangan Di Lebuhraya Karakgambar Kemalangan Di Lebuhraya Karak1615101113149876512134
Pada 19/10/2014 jam lebih kurang 1124 telah berlaku satu kemalangan maut melibatkan 4 buah motorsikal berkuasa tinggi jenis superbike (jenis dan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti) terbabas & terbakar & juga melibatkan 6 buah kereta – Toyota Camry, Toyota Vios, Honda City, P.Exora, P.Myvi dan P.Alza.
Keterangan
– 2 buah Superbike telah behenti di lorong tengah (trafik tersekat kerana kejadian lori melintang di KM 25.3WB) sebelum di langgar oleh sebuah lagi Superbike menyebabkan ketiga-tiga Superbike berkenaan terbakar bersama seorang penunggang dan 2 org lagi penunggang tercampak dan cedera parah. Sebuah lagi Superbike dipandu laju telah bergesel dgn Toyota Camry dan Toyota Vios menyebabkan penunggang tersebut tercampak di bawah Toyata Honda City di lrg laju yg berhenti secara mengejut utk mengelak kebakaran tersebut, penunggang juga maut dilokasi & Superbikenya juga terbakar manakala P.Exora, P.Alza dan P.Myvi telah berlanggar sesama sendiri ketika mengelak kemalangan berkenaan.
Butir-butir Mangsa (Si Mati)
1) Penunggang M/sikal (Rentung)
Nama: Zali bin Khalid
2) Penunggang M/sikal (Mati)
Nama:Md Nizam bin Hanapiah (57 tahun)
sumber- See more at: http://katakcomel.my/#sthash.cpkeCJ3J.dpuf

0 comments:

Post a Comment