Searching...
Monday 20 October 2014
04:25 0

Mesej Terakhir Mangsa Sebelum Maut Di Lebuhraya Karak

Kemalangan di lebuhraya karak

Angkara sebuah lori merentang jalan, dua penunggang motosikal berkuasa tinggi terbunuh manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan 12 buah kenderaan di Kilometer 26.4 Lebuh Raya Karak berhampiran Plaza Tol Gombak dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi, Hazalli Khalid, 33, seorang jurutera syarikat telekomunikasi Instacom mati rentung apabila motosikal yang ditungganginya dan tiga buah motosikal rakannya terbakar.

Dua rakan Hazalli yang belum dikenal pasti identiti cedera parah. Seorang lagi rakan Hazalli dikatakan cedera ringan.

Seorang penunggang motosikal lain iaitu Md. Nizam Hanafiah, 47, turut maut apabila terperosok di bawah kereta Honda City yang cuba mengelak daripada terbabit dalam kemalangan itu.

Mesej Terakhir Mangsa Sebelum Maut Di Lebuhraya Karak








sumber: http://katakcomel.my/mesej-terakhir-mangsa-sebelum-maut-di-lebuhraya-karak/

0 comments:

Post a Comment