Searching...
Saturday 25 October 2014
08:43 0

Tergamam Lihat Suami Peluk Janda Keadaan Tanpan Seurat Benang


ALOR GAJAH : Seorang isteri tergamam apabila menyaksikan suaminya tidur 
berpelukan dengan seorang janda beranak enam dalam kejadian kira-kira 11.40 
pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pasangan terbabit ditemui dalam keadaan bertelanjang bulat
dalam sebuah bilik di rumah ibu lelaki berkenaan di Kampung Ayer Paabas, dekat 
sini.

Wanita berusia 60 tahun itu mendakwa suaminya yang sudah bercucu itu kerap tidur 
bersama pasangannya di rumah berkenaan.

Sumber berkata, isteri yang berada di hospital melawat ibu mertuanya berusia 87
tahun berasa tidak sedap hati sebelum pulang menjenguk ke rumah ibu mertuanya
itu.

“Setibanya di rumah kira-kira jam 10 pagi, dia terkejut terdengar dengkuran kuat
 suaminya dari arah salah satu bilik.

“Berang melihat perbuatan jijik suaminya itu, si isteri bertindak melaporkan kejadian
kepada pegawai syarak kampung berkenaan sebelum tindakan diambil,” katanya.

Bertindak atas maklumat, Pegawai Syarak merangkap Imam (1) Kampung Ayer
Paabas,Sahri Abu Samah bersama penduduk kampung membuat pemeriksaan ke 
atas rumah disyaki.

“Walau bagaimanapun salam dan ketukan di rumah itu tidak berjawab kira-kira 10
minit sebelum imam serta penduduk bertindak masuk melalui pintu yang tidak
berkunci.

“Pasangan terbabit terkejut dengan kehadiran penduduk kampung dan mengaku 
bukan pasangan suami isteri selain mendakwa bermalam di rumah itu akibat 
keletihan,

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Jaim, Rahimin Bani ketika dihubungi 
mengesahkan pasangan terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor 
Gajah sebelum kes dirujuk Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam 
Melaka (Jaim) Negeri untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment