Searching...
Saturday 15 November 2014
06:14 0

Bekas suami pernah gelar Kim Kardashian Si Punggung Besar Hodoh


Baru-baru ini bintang siri realiti ‘Keeping Up With The Kardashians telah bertindak berani mati apabila menayangkan bahagian belakang badan dan punggungnya di kulit sebuah majalah.

Dalam salah satu foto, Kim Kardashian yang memakai sarung tangan opera berwarna gelap dan rantai mutiara di leher, telah melondehkan baju yang dipakainya sehingga mendedahkan keseluruhan bahagian punggungnya tanpa seurat benang.

Ibu North West ini juga beraksi dengan memakai gaun hitam berkilat dengan menonggekkan punggungnya yang diletakkan segelas minuman di bahagian tersebut.

Mungkin bagi Kim, punggungnya kelihatan seksi dan merupakan aset terpenting yang menjadi idaman setiap wanita, tetapi sebenarnya ramai juga yang tidak suka.

Selepas melihat dua keping foto Kim itu, teringat pula kepada bekas suaminya Kris Humpries yang pernah mengutuk punggung yang menjadi kebanggaan pelakon wanita itu.

Kris pernah menggelarkan Kim sebagai "Fat Ass Idiot & Stupid" satu ketika dahulu.

Mungkin terpaksa bersetuju dengan pendapat Kris kerana punggung Kim kelihatan palsu di kulit majalah tersebut. 















Credit Astro Gempak 

0 comments:

Post a Comment