Searching...
Wednesday 26 November 2014
07:05 0

Skirt semakin pendek paras peha, Yana Shamsudin dikecam peminat

Hurm.. Mungkin dek kerana sudah terbiasa melihat penampilan Yana Samsudin yang sopan dan tidak keterlaluan, fotonya memakai skirt pendek ini menjadi sasaran kritikan netizens.

Foto yang dimuat naik di laman Instagramnya ini menerima pelbagai komen yang negatif daripada orang ramai yang melabelkan Yana bagai sudah lupa diri.

Malah, mereka juga turut menimbulkan semula gosip pembedahan hidung yang kononnya dilakukan oleh Yana demi mencantikkan wajahnya.

Wah.. panas juga isu ini ya sehinggakan ada peminatnya yang sudah tidak mahu menyokong Yana yang didakwa sudah sangat berubah berbanding di awal kemunculannya dahulu.

Apa pula pendapat anda? Seksi sangat ke baju Yana ni eh?

0 comments:

Post a Comment