Searching...
Thursday 27 November 2014
04:53 0

Wajar Ke Murid Dihadiahkan iPhone Sebab Dapat 2A UPSR



Sudah jadi amalan biasa untuk ibu bapa janjikan hadiah menarik jika anak-anak mereka berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Jadi bagi murid darjah 6 yang dijanjikan hadiah menarik oleh ibu bapa mereka sempena UPSR, tentu mereka sedang tersenyum lebar sekarang jika keputusan yang diumumkan semalam seperti diimpikan.
Bagaimanapun, keputusan yang dijanjikan hadiah biasanya tentulah keputusan yang baik seperti dapat nombor 1 dalam kelas atau straight A.
Justeru apabila seorang murid mendapat keputusan yang bukanlah tak elok.. tapi sekadar 2A 2B 1C namun dihadiahkan ibu bapanya telefon bimbit iPhone, kiranya dia memang anak yang sangat beruntung.
3 (2)
Bila adik ini kongsikan kisah hadiahnya ni di Twitter, ramailah yang terkejut + cemburu + kagum hingga statusnya ini jadi trending.
2 (2)
Tambahan pula, ada dok perangat line kata iPhone yang diterima adik ini adalah iPhone 6 namun adik ini kembali membetulkan ia adalah iPhone 5S dan bukannya iPhone 6.
4 (1)
Apa-apa pun tahniahlah dik, ko memang untung. Kalau dapat 2A pun diberikan iPhone, kalaulah dapat 5A.. apa agaknya hadiah yang dia terima?






 - MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment