Searching...
Saturday 20 December 2014
06:37 0

Penumpang China Gaduh Lagi, Kali Ini Sebab Tangisan Bayi



Nampaknya, ada lagi cerita pergaduhan terbaru yang dicetuskan oleh penumpang China dalam penerbangan.
Jika sebelum ini ia berlaku dalam pesawat Air Asia dari Thailand ke Nanjing, kali ini tercetus satu lagi kejadian yang hampir sama dalam penerbangan Air China.
Pergaduhan yang melibatkan empat wanita (ada laporan mendakwa 3)  itu terjadi gara-gara dua di antara mereka tidak berpuas hati dengan tangisan bayi di barisan belakang.
Sebagai cara membalas dendam, mereka sengaja menurunkan kerusi sehingga mencetuskan kemarahan dua penumpang lain yang duduk bersebelahan dengan mereka.
Bermula dengan pertengkaran mulut, ia mula melarat hingga salah seorang wanita itu diangkat dari tempat duduknya hingga kepalanya hampir mengenai tempat simpanan bagasi.
Mujurlah krew penerbangan berjaya menghentikan pergelutan itu dan memberi amaran akan membuat pendaratan cemas.
Aduhai, kalau beginilah gayanya, jangan terkejut jika satu hari nanti ada peraturan khas diwujudkan untuk warga China jika mahu menaiki kapal terbang… – MYNEWSHUB.CC

VIDEO KREW PENERBANGAN GADUH DENGAN PENUMPANG
Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment