Searching...
Monday 12 January 2015
02:31 0

Penganjur konsert Kpop beri penjelasan

peluk-artis-kpop-600x470 (1)
Kehadiran kumpulan K-Pop B1A4 ke Malaysia untuk mengadakan konsert baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi berikutan aksi peluk cium bersama empat peminat wanita beragama Islam di atas pentas.
Kejadian itu menjadi tanda tanya pelbagai pihak kerana begitu ramai peminat wanita beragama Islam mendapat peluang untuk bertemu dan melaukan aktiviti di atas pentas bersama bintang K-Pop tersebut.
Ini berikutan kerana kebanyakkan konsert ataupun sesi bertemu peminat yang pernah berlangsung di Malaysia jarang sekali melibatkan begitu ramai wanita bertudung dipanggil untuk beraksi bersama idola kesayangan mereka di pentas.
TGM staement
Rentetan daripada peristiwa itu, pihak penganjur iaitu TGM Events yang berpangkalan di Amerika Syarikat  akhirnya tampil memberikan penjelasan melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook rasmi mereka pada Ahad.
Menurut kenyataan rasmi TGM Events, peminat yang dipanggil ke pentas merupakan pemilihan secara rawak mengikut soalan diberikan oleh peminat itu sendiri di ‘message board’.
Pihak mereka juga  menjelaskan sebelum acara bermula, pengacara acara tersebut telah memberikan penerangan dengan jelas kepada peminat itu untuk menjaga tatasusila sewaktu berhadapan dengan ahli-ahli kumpulan tersebut.
“Pertama sekali, pemilihan peminat untuk naik ke pentas dipilih secara rawak melalui soalan-soalan yang peminat sediakan dan ditampal di ‘message board’.
“Pihak penganjur, artis dan juga pihak pengurusan artis itu sendiri tidak tahu siapa yang terpilih sehinggalah nama peminat itu dipanggil.
b1a4 fans
“Kedua, sebelum acara tersebut berlangsung hos kami telah menerangkan dengan tepat dan jelas kepada peminat yang terlibat supaya menjaga tatatertib sewaktu berdepan dengan ahli kumpulan B1A4.
“Malah sebelum perkara itu berlaku, ahli kumpulan B1A4 juga telah bertanya beberapa kali kepada peminat itu sama ada mereka selesa atau tidak untuk melakukan adegan tersebut.” jelas penganjur. Pihak penganjur juga turut menyatakan permohonan maaf secara terbuka mengenai kontroversi yang berlaku.
Punca Sebenar Aksi Peluk Cium Berlaku
Astro Gempak difahamkan kumpulan B1A4 yang dianggotai oleh lima anak muda iaitu Gongchan, Sandeul, Baro, CNU dan Jinyoung telah menjemput peminat  bertuah dan secara kebetulan ia terdiri daripada wanita bertudung untuk menyertai aktivit di atas pentas.
Ativiti tersebut merupakan babak romantik dalam drama-drama bersiri popular Korea di mana peminat perlu beraksi bersama mereka seperti adegan tersebut.
Menurut saksi yang juga merupakan peminat B1A4 yang berada di konsert tersebut, sebagai menghormati wanita bertudung kesemua anggota kumpulan itu telah bertanya kepada peminat yang terlibat sama ada mereka selesa ataupun tidak untuk melakukan aksi itu. Konsert ‘B1A4 Live in Kuala Lumpur’ telah berlangsung pada Sabtu bertempat di Live Center, menurut sumber astrogempak.com.

0 comments:

Post a Comment