Searching...
Sunday 18 January 2015
14:05 0

VIDEO: Staf Bertumbuk Dalam Restoran



KIRA-KIRA dua tahun lalu, heboh seantero Malaysia mengenai kes pergaduhan antara pekerja restoran makanan segera KFC di i-City Shah Alam dengan salah seorang pelanggannya sehingga melibatkan aksi pukul antara mereka.
Kes tersebut kemudiannya telah diselesaikan secara baik menerusi rundingan antara keluarga pelanggan tersebut dan pihak KFC.
Namun beberapa hari lalu, berlaku satu lagi kes hampir sama di KFC Jalan Raja Laut dan kali ini, ia melibatkan pergaduhan sesama pekerja.
Kejadian itu sempat dirakamkan seorang pelanggan dan kini mula viral selepas ia dimuatnaik di laman sosial.
Susulan itu, pihak KFC menerusi Facebook rasmi mereka telah memohon maaf dan menjelaskan pergaduhan itu melibatkan masalah peribadi antara dua beradik.
Bagaimanapun, pihak KFC tidak menyatakan apakah tindakan bakal diambil terhadap pekerja yang bergaduh dalam rakaman tersebut.
VIDEO: Kes Gaduh Antara Pekerja, Pihak KFC Mohon Maaf
Nasihat kami, kalau nak bergaduh bertumbuk sekalipun, carilah port yang sesuai! Tak pasal-pasal nama KFC yang tercalar dek masalah peribadi pekerja.. -MYNEWSHUB.CC
Video Lama Pergaduhan Pekerja KFC i-City dan Pelanggan
Oleh: ELZA

0 comments:

Post a Comment