Searching...
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Showing posts with label Hiburan. Show all posts
Saturday, 14 May 2016
07:49 0

Dayana Roza berhibur Di Kelab Malam???

Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri
MELONJAK naik menerusi drama bersiri Asam Pedas Untuk Dia, Dayana Roza mula mendapat perhatian peminat drama Melayu.
Namun aktres ini tidak lekang dari kontroversi yang melanda dirinya.
Sebelum ini, tersebar cerita Dayana mempertikaikan kredibiliti pendatang baharu, Hafidz Roshdi sebagai pelakon kayu dan kualiti lakonan yang tidak memuaskan.
Menurut sumber, pelakon berusia 25 tahun ini dikatakan berkunjung ke sebuah kelab malam di ibu kota malah turut dilihat menghisap rokok dan menari tanpa menyedari dirinya menjadi perhatian pengunjung pusat hiburan itu.
Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri
Menurut Dayana kepada sumber itu, dia mengambil inisiatif untuk berdiam diri kerana takut menjejaskan kerjayanya dan beranggapan perkara itu adalah hak peribadinya.
“Saya memahami kerana masyarakat akan mengambil tahu tentang apa yang dilakukan oleh seseorang artis itu biarpun baik mahupun buruk.
“Maksud saya mengenai hak peribadi itu adalah apabila sesetengah perkara saya boleh kongsikan dengan peminat.
“Bagaimanapun, selebihnya dijadikan hak privasi terutama berkaitan soal cinta mahupun perkara peribadi,” katanya.
Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri
Jelas Dayana lagi, sepanjang hampir tujuh tahun berada di dalam industri tanah air, ini adalah kali pertama dia dipalitkan dengan kontroversi sebegini.
Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri
Sebelum ini, kisah cintanya yang menjadi perhatian tetapi berbeza pula sekarang sejak mula dikenali ramai.

Enggan Komen Isu Berhibur Di Kelab Malam, Dayana Roza Pilih Diam Diri
Namun begitu Dayana berharap, masyarakat diluar tidak menyamakan dirinya dengan watak yang dibawa.
Sebagai pelakon adalah menjadi tugasnya untuk menjayakan setiap watak yang diberikan mengikut kesesuaian dan kehendak pengarah. – MYNEWSHUB.CC

Thursday, 24 March 2016
08:33 0

DUNIA AKHIR ZAMAN! Inilah 7 foto & VIDEO pejabat khas untuk lelaki menderma Sperma yang amat menjijikkan sekali...Kaum Hawa dilarang tengok sama sekali

Mari lihat bagaimana rupa Bilik Pendermaan Sperma yang pasti buat orang ramai mahu beratur untuk menderma Sperma masing-masing.



Have you ever wondered what the sperm donation room at a fertility clinic looks like? Well wonder no more! 


Magazines and towels



07:32 0

Paling Bangang & Memalukan!! Foto-foto photoshoot pasangan pengantin melayu yang memalukan umat Islam

Seorang lelaki memuat naik gambar sepasang pengantin yang bergambar dalam gaya yang agak pelik dan kurang menyenangkan mata di laman Facebook mencetus pelbagai reaksi netizen.

"Macam ini ke adat orang Melayu, adat orang Islam? Nak photoshoot pun agak-agaklah kalau nak lain dari yang lain sekali pun.

"Apa pandangan orang dan bangsa lain kalau tengok gaya seperti ini? Saya yang beragama Islam pun rasa malu bila kawan saya bangsa lain yang WhatsApp gambar ini kepada saya.

"Mohon kita yang lain tidak terikut dengan cara ini. Islam itu indah dan mudah. Bukan nak kata diri ini bagus, maaflah kalau tak suka," kata sumber.


Sementara itu, netizen juga memberikan pandangan masing-masing. 

"Aku kahwin dulu tak adalah macam ini. 10 tahun lepas kot. Tapi masa itu jalan laju pun orang tua dah bising. Kalau bergaya macam ini, memang heart attack mak bapak aku malu dengan orang kampung. 

Bagaimanapun, ada yang berpendapat bahawa gaya apa sekali pun adalah hak pasangan pengantin itu sendiri dan orang lain tidak boleh menegur mereka. 

"Suka hati dialah nak menonggeng ke, nak melentang ke, itu gambar dia, diri dia. Yang pergi viralkan gambar orang tu kenapa?" kata Rethuan Bin Jaafar.

Monday, 14 December 2015
06:48 0

Jom lihat 2 Foto aksi santai Tengku Puan Pahang Tengku Azizah makan nasi bungkus lauk ikan dengan petai

Respect, Terbaik dan Tabik Spring! Santai jer Tengku Puan Pahang Tengku Azizah mkn nasi. Makan nasi bungkus lauk ikan siap ade petai lagi.



06:28 1

Jom lihat 2 Foto terkini Baby Jenna, anak angkat Zizie Izette & Bung Moktar

Manisnya kakak Shahziey Sam ni, cantiknya bini Datuk Bung Moktar Radin. Commey nya Baby Jenna.

Comelkan Zizie Izette bersama Baby Jenna.



06:16 0

Bosan jadi pelacur kini jadi Pengarah Kelab Bola sepak



JANGAN terkejut.. dari filem lucah kini Sara Tommassi, 34, dilantik sebagai pengarah untuk kelab bola sebuah pasukan di Itali, Marruvium.

Bagaimanapun masih belum jelas apa peranan yang akan dimainkan oleh Sara sebagai pengarah dalam kelab terbabit.
Sara sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Mario Balotelli dan Ronaldinho. Dia juga pernah diramal akan melakukan sesuatu yang besar oleh bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi.

“Beliau (Silvio) menyatakan saya mempunyai kecantikan dan akal. Beliau menyarankan saya terjun dalam bidang politik,’’ kata Sara.

Namun Sara menolak bidang politik untuk mengejar impiannya sebagai pelakon dan akhirnya dia kini berada dalam bola sepak. – MYNEWSHUB.CC

Sunday, 25 October 2015
19:34 0

KOMEN PEDAS MARIA FARIDA SELEPAS DITUDUH PERAMPAS SUAMI ORANG...BUAT ANDA TERKEDU

Minggu lepas, Maria Farida didakwa oleh satu laman gosip sebagai perampas suami dan peruntuh rumahtangga pengasas KR Beauty Care iaitu Karen Rahman. Menurut gosip itu Maria turut menggunakan ayat guna-guna (mandrem) untuk mendapatkan lelaki berkenaan. Pada awalnya ramai yang seakan tidak mengambil peduli akan gosip tersebut tetapi perkara ini telah disahkan sendiri oleh Karen menerusi akaun Facebooknya bahawa Maria telah merampas suaminya.
 photo Maria Karen.jpgSemalam, Melodi TV3 telah menemubual Maria Farida dengan anak-anak Karen untuk mendapatkan penjelasan sebenar dari mereka. Maria mengakui dia dan bekas suami Karen sedang menjalinkan hubungan. Apabila ditanya mengapa dia membiarkan dirinya dituduh merampas suami Karen kerana duit dan gilakan harta, dia menafikannya:-
Kerana saya tahu ia tak benar. Saya bekerja dah 25 tahun. Saya boleh survive. Saya boleh besarkan anak dengan duit hasil penggambaran sahaja. Jika saya nak kaya-raya, dah lama saya kahwin. Saya mencari seseorang yang boleh betul-betul sayang saya kerana diri saya yang sebenar.
Saya dah terfikir bahawa orang ramai akan menyalahkan saya. Mereka bercerai, saya tiada kena-mengena. Saya tidak rampas suami sesiapa. Orang yang tuduh saya itu sudah dua kali cerai. Dia saja nak burukkan nama saya.
Dia mendakwa saya yang mengganggu dan hancurkan rumahtangganya. Itu tidak benar. Dia kata saya berhubung dengan suaminya. Sudah tentu saya berhubung dengan mereka berdua kerana kami memang rapat sejak dua tahun lepas termasuk dengan anak-anaknya. Suaminya ialah majikan saya (Maria ialah bekas duta produk keluaran Karen Rahman dan bekas suaminya).
Ikuti komen-komen dari anak-anak perempuan Karen Rahman tentang ibu mereka dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Maria turut menafikan bahawa dia mengatur langkah untuk menghubungi bekas suami Karen dengan niat jahat:-
Saya berhubung dengan dia dan suaminya ialah kerana dia sendiri menyuruh saya hubungi dia tentang pengesahan kontrak. Saya keluar masuk ke rumahnya kerana dia yang menjemput. Sebagai duta, saya kena dengar cakapnya.
Saya berhenti menjadi duta produk itu pada Ramadan lepas kerana dia berhenti membayar untuk perkhidmatan saya dengan alasan hasil jualan tidak memberangsangkan, padahal sebenarnya jualan meningkat. Dan saya tidak saman dia, tidak ambil apa-apa tindakan.
Semasa saya keluar dari syarikat itu mereka memang sudah bermasalah dan bergaduh. Saya tinggalkan mereka dan saya tak tahu apa-apa. Kalau dia teraniaya kenapa keempat-empat suami ceraikan dia? Saya lagi yang jahat kah?
Dia yang hentam saya di Facebook dan Instagram, telefon saya setiap hari, mesej, maki hamun semua, ugut saya melalui anak-anak, sampai nak simbah asid ke muka saya, nak upah orang tembak saya, langgar saya dengan kereta. Dan baru baru ini kereta saya kena simbah dengan cat merah. Saya dah beberapa kali membuat laporan polis. Tetapi, saya masih tak mengambil apa-apa tindakan kerana saya tak mahu perkara ini berlarutan.

Ketika ditanya sama ada Maria tidak memberikan peluang untuk Karen berbaik dengan bekas suaminya, pelakon jelita itu memberitahu:-
Saya dah tanya, mereka kata tidak, mereka tak mahu Papa dan Mamanya kembali bersama. Saya dah cakap, kenapa tak tengok, mungkin mereka boleh bersama semula supaya saya boleh pergi dari hidup mereka.
Anak perempuan Karen yang bernama Anis menceritakan perangai sebenar ibunya:-
Kak Maria tidak pernah suruh atau hasut Anis untuk buat apa-apa kenyataan sebagai anak yang dia tak pernah peduli. Dia lahirkan Anis dan tinggalkan Anis kepada keluarga nenek sebelah Papa. Dia kembali semasa Anis berumur 21 tahun. Memang dia jaga (Anis) elok-elok untuk kawan-kawan dia tengok. Tapi jika rumah dia maki hamun sampai dia paksa Anis kahwin dengan pilihannya sendiri. Setelah dua bulan, Anis mengandung dan bekas suami Anis tidak serasi dengan mak Anis kerana mak mengajak Anis keluar untuk berseronok di kelab malam. Bekas suami Anis dihalau dari rumah dan Anis diberi dua pilihan. Gugurkan anak dan kembali pada emak atau ikut suami. Tetapi Anis memilih suami Anis. Setelah ada Danish (anak Anis), Anis balik berjumpa emak kerana rindu.
Semasa Anis dalam pantang, Anis dengar dia (emak) kena tangkap basah. Papa beri dia peluang untuk berubah. Setelah dua tahun, dia kembali keluar malam, masih berhubung dengan lelaki yang ditangkap basah dengannya. Tahun lepas dia paksa Anis bekerja yang tak elok, melayan ******. Itu emak ke? Papa dan emak bukan tak mampu jaga Anis.
Anis tidak buat seperti permintaannya, tetapi Anis dihalau dari rumah. Kemudian pembantu rumahnya lari, baru Anis dipanggil balik ke rumah kerana tiada siapa yang hendak menjaga adik-adik. Habis bekerja, Anis terpaksa bergegas balik rumah untuk memasak buat adik-adik. Mereka telefon saya di pejabat beritahu mereka lapar dan tiada apa untuk dimakan. Papa kata mengapa adik tidak tanya pada emak, mereka jawab emak ada dalam bilik tak henti-henti bermain telefon.
Nenek telefon Anis beritahu tentang betapa teruknya dia layan emak dia sendiri. Nenek yang tak sihat tu kena **** dekat rumah, nenek sendiri mengaku dia dah habiskan beribu untuk ****kan Papa, tetapi nak bagi nenek dua ratus untuk beli ubat tiada duit.
Aabila ditanya oleh Michelle Melodi kepada kedua-dua orang anak Karen iaitu Anis dan seorang lagi masih kanak-kanak, keduanya mengatakan tidak. Yang kanak-kanak itu mengatakan dia memilih Auntie Maria Farida dengan Papanya:-
Kerana Mummy marah dan bergaduh dengan Papa. Mummy saya tipu dan adik beradik saya juga disuruh menipu Papa jika tidak kami akan dimarahi.
Anis memberitahu:-
Papa tak gembira bersama emak Anis. Mummy layan Papa teruk, tak jaga makan minum Papa, tak hormat Papa. Anis tak salahkan kak Maria kalau kak Maria boleh jaga Papa. Kak Maria bukan perampas.

 photo mk.jpg

Namun begitu Maria memberitahu dia amat terkesan apabila anak lelakinya turut diheret dan dikutuk oleh orang ramai. Dengan sebak, dia menjelaskan:-
Perkara yang menyakitkan saya ialah apabila ia melibatkan ahli keluarga saya. Macam mana pun orang hentam saya, saya boleh terima tetapi bila ia memberi kesan pada keluarga saya, ia melukakan hati saya.
Kami tidak melakukan apa-apa kesalahan. Ibu saya pun ada tanya sama ada saya pasti yang saya mahu teruskan perhubungan (dengan bekas suami Karen). Saya kata, ya. Dia seorang lelaki yang sangat baik. dia boleh jaga saya dan anak saya. Kalau jodoh saya dengan dia, saya terima. Kutuklah macam mana pun, kamu semua tak tahu cerita yang sebenar.
Kadang kala masalah orang lain sebenarnya lebih kompleks dari apa yang kita ketahui dan boleh ketahui. Hanya mereka yang terlibat saja yang tahu apa sebenarnya yang telah atau sedang berlaku. Kita ikuti apa penjelasan dari Karen Rahman berhubung perkara ini dalam entri kami yang seterusnya.



sumber:beautifulnara
19:31 0

PANAS!!!! EMMA MAEMBONG TAMPAR KAMIL FADLI ????

Hari ini Emma telah menjelaskan perkara sebenar dimana adegan beliau menampar Kamal hanyalah gimik semata-mata. Ia salah satu idea untuk menarik minat ramai bagi memperkenalkan satu produk minuman terbaru dikenali sebagai Est Cola.
Idea untuk menyebarkan sedutan Emma menampar Kamal itu adalah hasil daripada pihak Est Cola sendiri. Sejujurnya Emma mengakui pada awalnya  beliau bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.
Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan. Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.
Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar.
Emma juga sedar bahawa peminatnya dan Kamal tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan sering meminta beliau untuk memberitahu perkara sebenar.
Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar. Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar.
Kami dah boleh agak memang gimik sahaja semua ini, nampak sangat video itu adalah sesuatu yang dirancang. Memang berkesan la kan strategi mereka sebab isu ini memang cukup viral.
Saturday, 24 January 2015
17:55 0

Video Lakonan Nora Danish Betul - Betul Terjatuh Parit Mendapat 20,000 Like

Sebuah video yang dimuat naik oleh Nora Danish menerima 20 ribu likes daripada peminatnya kerana video tersebut menayangkan insiden pelakon jelita itu terjatuh ke dalam parit. Tergelak besar kami dibuatnya.

Siapa kata jadi pelakon itu senang? Apabila adanya babak-babak yang memerlukan anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa, nak atau tidak, kena buat juga kan? Tak pedulilah anda artis gred apa sekalipun.

Tapi perkara itu dianggap sebagai satu pengalaman berharga buat Nora yang nampaknya perlu melakonkan scene jatuh parit semasa penggambaran filem ‘Suamiku Jatuh Dari Langit‘. Nampak real okay!

Khabarnya filem itu bakal menyaksikan Nora berlakon bersama Qi Razali. Nak tahu best ataupun tak filem tersebut, kenalah tunggu hari tayangannya.

Tonton Video di Bawah Ini




Sumber OhBulan
17:40 0

Gambar Neelofa Dikritik, Adik Mengamuk Maki-Maki di Instagram



Dek kerana satu keping gambar yang dimuat na#ik oleh kakaknya di Instagram dikritik oleh pengikut, adik kepada Neelofa, Ameera mengamuk di Instagram.

Semuanya bermula dengan sekeping gambar yang memaparkan Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi memegang kepala Neloofa yang telah dimuat naik oleh Neelofa sendiri di akaun Instagam miliknya.
Menurut apa yang difahamkan, dek kerana tan#gan Maulana Qari memegang kepala Neelofa(seperti gambar diatas), segelintir pengikut Neelofa di Instagram mula menegur dengan mengeluarkan pendapat masing-masing.

Bengang dengan tindakan segelintir pihak mengkritik gambar kakaknya itu, Ameera tampil membalas kritikan-kritikan negatif tersebut deng#an bahasa yang sedikit kasar.



Walau bagaimanapun, komen Ameera telah dibu#ang dari gambar terbabit. Selain itu, komen-komen yang mengkritik gambar tersebut juga turut tidak kelihatan dipercayai telah dibuang.



Ramai yang bersetuju dengan apa yang dilontar#kan oleh Ameera tetapi ada juga yang menegur bahasa yang digunakan oleh Ameera dalam komennya.

Sumber
Sunday, 18 January 2015
13:46 0

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29. Seperti yang sedia maklum, malam ini 18 Januari 2015 telah berlangsung satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 jam 9.00 malam. Program ini akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9:00 malam. Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. Antara 12 finalis yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 29 adalah seperti berikut.
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29

Senarai Finalis Anugerah Juara Lagu AJL29

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29

Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu AJL 29

Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta
Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta
Tuesday, 6 January 2015
22:10 0

GEMPAR : SAKINAH PAKAI GAUN DEDAH DADA



KONTROVERSI dan Sharifah Sakinah ibarat air dicincang takkan putus. Kalau namanya timbul sahaja, pasti ianya tak lain tak bukan, melibatkan kisah-kisah hangat lagi panas yang dicetuskan dirinya.
Terbaharu, Sakinah cetus kontroversi lagi apabila fotonya bergambar dengan busana pengantin yang mendedahkan bahagian dadanya mendapat kritikan ramai peminat.
Difahamkan Sakinah menggayakan pelbagai rekaan gaun pengantin yang direka pereka fesyen Khoon Hooi itu untuk sesi fotografi pra perkahwinannya.
Sakinah bakal mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, seorang juruterbang, Alif Adha pada 28 Mac ini.
Namun macam biasa, walaupun dikritik dan dikecam hebat namun Sakinah dilihat tidak pernah ambil kisah mengenai perkara tersebut.
sakinah1
Agaknya Sakinah pun dah cukup masak dan kalis telinga dengar macam-macam kritikan negatif yang dilemparkan kepadanya selama ini.
Tak apalah, kita doakan sahaja agar segala perancangan Sakinah untuk majlis perkahwinannya kelak berjalan lancar dan dia diberikan hidayah untuk mengubah mana yang patut diubah. - MYNEWSHUB.CC
Monday, 5 January 2015
07:58 0

(4 GAMBAR ) CHE TA DAN ZAIN SAMBUT TAHUN BARU DI AMSTERDAM & PARIS


Wah, bukan main lagi pasangan bahagia Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin bersama anak mereka, Aaisyah Dhia Rana menyambut ketibaan Tahun Baru 2015. 

Menerusi Instagram pasangan suami isteri ini, kelihatan mereka telah menyambut Tahun Baru di London,UK seterusnya ke ibu negara Belanda, Amsterdam serta ibu negara Perancis, kota Paris.


Malah menerusi sebuah foto yang dimuatnaik oleh Zain, kelihatan foto mereka bersama “Baby of The Year” pilihan Murai, Aaisyah dihadapan Eiffel Tower yang gah itu.

Setahu kami, memang pasangan ini ketika ini sedang bercuti di Eropah dan London telah menjadi destinasi awal mereka sebelum ke Amsterdam dan Paris ini.

Cemburu pulak hati kami ni, yelah niat dihati memang dah lama sangat nak jejak kaki ke kota Amsterdam dan kota cinta Paris tu. Tapi apakan daya, rezeki dan masalah kewangan masih melanda. 

Harapnya untuk tahun 2015 ni, rezeki Murai Batu dipermudahkan dan dapatlah kami menjejakkan kaki ke Amsterdam dan Paris macam Zain Saidin dan Che Ta ni kan. -murai




Saturday, 27 December 2014
19:05 0

"Saya Tidak Ada Anak Nama Chacha Maembong" !!! - Ismail Embong


Aik!! Kenapa tiba-tiba Ismail Embong cakap macam tu? Bukankah Chacha maembong salah seorang anak kepada beliau? Ikuti kupasannya!!

"Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA". Itu luahan rasa daripada bapa kepada Chacha Maembong menerusi akaun Facebook miliknya selepas beberapa isu membabitkan anak-anaknya disiarkan di media massa. 

Difahamkan tercetusnya 'kemarahan' ini disebabkan kenyataan daripada Chacha yang dianggap membelakangkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa. Tulisnya lagi;

"Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar!!!
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan. 
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil."

Ismail yang juga merupakan pelukis profilik tersohor negara menganggap isu ini sengaja mahu mengaibkan namanya. 

"Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik. Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan," katanya lagi. 

Berdasarkan apa yang terjadi, Ismail tetap dengan pendirian dan prinsip diri terutamanya dalam soal hukum agama;

"Pendekkan cerita; berjuta kali saya pohon jangan diBESARKAN nikah hingga jadi riak. Udah jadi suami isteri, buatlah bersanding nanti cara yang dimahu suami. 

"Nasi udah jadi bubur, diharap dapat pengajaran pada semua. ALASAN MASING-MASING SIBUK HINGGA TIDAK BOLEH JEMPUT ORANG PALING PENTING DALAM PERNIKAHAN TIDAK BOLEH DITERIMA SESIAPA YANG WARAS. Rasanya kalau terkena pada bapa/wali lain, mereka tidak akan pergi, maka batallah majlis itu."

Apapun yang berlaku, ingatlah air dicincang tidak akan putus. Semoga masalah yang melanda dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan berhemah. sumber
15:14 0

SEMPOI !!! GAMBAR PALING HANGAT EMMA MAEMBONG YANG JARANG DIJUMPAI (5 GAMBAR )

Inilah gambar Emma Maembong yang mungkin korang belum pernah tengok. Memang cantik dan cun Emma ni kan. Tak hairanlah si Zizan Maharaja Lawak terpikat dengan keayuan wajah dan tubuhnya yang putih melepak :p

Terbaru menerusi Sinar Harian, desas desus mengatakan bahawa Emma Maembong punca kepada kemelut yang melanda Zizan dan Mariana sejak beberapa bulan yang lepas. Kesian Zizan, baru je berjaya sikit dia dah buat hal. 

Hmmm... biasalah kalau dah mabok cinta, jalan yang terang jadi gelap. Sempoi ni harap isu kemelut yang melanda syarikat WFE Zizan dapat diselesaikan dengan cara yang baik.