Geram dengan suami/teman lelaki yang naik ulat bulu dan perasan jadi buaya darat idaman Malaya? Tidak perlu memendam perasaan, malah ada sahaja cara untuk mengajar lelaki sebegini.
Mari kita lihat cara-cara ‘mendidik’ teman lelaki/suami dengan baik.
**Klausa pengecualian: Ini sekadar gurauan semata-mata. Sebarang pergaduhan atau kecederaan yang berlaku bukan tanggungjawab penulis.
Habiskan duit si dia
Anda tangkap si dia bermain mata dengan perempuan lain? Jangan marah,buang tenaga sahaja marah-marah ini. Pergi sahaja ke butik dan beli tas tangan berjenama idaman dengan menggunakan kad kredit si dia. Barulah si dia tahu siapa sebenarnya bos di rumah. Anda juga dapat tas tangan Birkin baru!
Pandu kereta si dia
Kereta bagaikan nyawa seorang lelaki. Mahu mengajar si dia, mudah sahaja ambil kunci kereta si dia dan gunakan kereta tersebut seolah anda pelumba Formula 1 di litar Sepang. Lagi seronok kalau kereta tersebut dicalarkan.
Ubah gaya dan bercinta dengan teman baik si dia
Cara terbaik balas dendam terhadap kecurangan teman lelaki atau suami adalah dengan mengubah penampilan. Ambil perhatian, bukan ubah penampilan sampai jadi macam Miley Cyrus, tetapi tukar gaya rambut dan pakaian jadi lebih mengancam. Nak bagi si dia parah lagi? Bermain cinta dengan teman baik si dia. Pasti si dia faham bagaimana sakitnya hati anda ketika tangkap si dia bersama perempuan lain.
sumber:mummynemo.com
0 comments:
Post a Comment