Searching...
Sunday, 15 September 2013
03:16 0

Polis Tembak Mati Isteri Dan Bapa Mertua Sebelum Bunuh Diri

tembak2Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal hilang pertimbangan apabila menembak mati isteri dan bapa mertuanya sebelum menembak dirinya sendiri dalam dua kejadian berasingan di sini semalam.
Dalam kejadian pertama, anggota dari Pondok Polis Felda Chempelak dekat Labis, Segamat itu menembak isterinya, Norakmal Abd. Kadir, 26, yang bekerja sebagai kerani di rumah mereka di Labis menyebabkan wanita itu cedera parah dan mati.
Selepas itu, kira-kira pukul 7 malam, suspek pergi pula ke rumah bapa mertuanya, Abd. Kadir Md. Arif, 65, di Batu 17, Tangkak dan melepaskan tembakan ke arah warga emas itu sebelum menembak dirinya sendiri.
Abd. Kadir yang dikejarkan ke hospital bagaimanapun gagal diselamatkan apabila disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di sana.
Suspek yang berusia 29 tahun pula maut di tempat kejadian.
Seorang saksi yang enggan dikenali mendakwa, dia terdengar bunyi mercun sebanyak dua kali pada pukul 7.15 malam berhampiran rumah mangsa.
“Saya tidak syak apa-apa yang buruk berlaku sehingga anak mangsa (Abd. Kadir) datang beritahu ayahnya cedera ditembak oleh abang iparnya.
“Sebaik sampai di rumah itu, saya lihat Abd. Kadir terbaring dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu. Ketika itu dia masih bernyawa namun keadaannya parah,” katanya di sini semalam.
Sebelum kejadian, saksi itu memberitahu, dia ternampak anggota polis itu tiba di rumah bapa mertuanya bersama anak lelakinya yang berusia tiga tahun dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira.
Difahamkan, kejadian tersebut berpunca daripada masalah keluarga selain suspek yang dipercayai mempunyai masalah mental.
sumber:Mummynemo.com

0 comments:

Post a Comment