JOHOR BAHRU – Seorang bayi yang dipercayai baru dilahirkan dijumpai orang awam di dalam kotak di hadapan sebuah rumah di Jalan Panglin 1, Taman Perling di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, ACP Ruslan Hassan berkata bayi lelaki yang menangis ketika ditemui itu dibaluti dengan kain lampin dan dipakaikan baju.
“Bayi tersebut berada dalam keadaan normal dan tiada sebarang kecederaan padanya. Kita percaya berdasarkan keadaan tali pusat dan kesan darah, bayi itu baru dilahirkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Ruslan berkata bayi tersebut yang ditemui kira-kira 10.30 malam kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Aminah.
Kes disiasat kerana membuang bayi. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment