PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyediakan 75,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2013 antara Kelantan dan Pahang yang mula dijual kepada orang ramai, Rabu ini.
Tiket perlawanan akhir jam 8.45 malam di Stadium Shah Alam, Ahad ini, ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM Datuk Afandi Hamzah berkata, badan induk itu memperuntukkan masing-masing 30,000 tiket kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP).
Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi, Rabu ini.
Katanya, baki 15,000 tiket akan dijual di kaunter Pintu A dan C di Stadium Shah Alam mulai 9 pagi, Rabu ini.
“Orang ramai boleh membeli tiket di negeri masing-masing mulai hari yang sama,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengelola final Piala Malaysia 2013 di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini.
Afandi berkata pintu masuk stadium akan dibuka mulai 3 petang pada hari perlawanan dengan Pintu B dan C untuk penyokong Kelantan manakala penyokong Pahang menggunakan Pintu A dan D.
Dalam pada itu, Afandi berkata seramai 2,155 anggota keselamatan akan bertugas semasa perlawanan tersebut dengan 100 pegawai FAM akan menjalankan urusan pemeriksaan tiket dan barangan terlarang.
“Penyokong perlu melepasi tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan badan, pemeriksaan tiket dan pengesanan barangan terlarang.
“Mereka yang didapati membawa tiket palsu akan ditangkap serta pemeriksaan badan khas terhadap wanita juga akan dilakukan,” katanya.
Afandi berkata jika perlu, polis juga akan menggunakan Unit Berkuda dan Unit Anjing Pengesan (K9) untuk mengawal keselamatan penonton. – Bernama
0 comments:
Post a Comment