KELUARGA Pullan dari Delhi, India diktiraf sebagai keluarga Albino terbesar di dunia apabila kesemua lapan ahli keluarga itu menderita penyakit itu.
Rosetauri Pullan, isterinya, Mani serta tiga anak perempuan dan tiga anak lelaki masing-masing mempunyai kulit cerah, rambut putih serta warna anak mata yang pudar.
Keadaan ini sekaligus menyerlahkan perbezaan mereka dengan penduduk India yang lain.
Salah seorang anak lelaki Pullan, Shankar terpaksa menghadiri sekolah untuk orang buta kerana penglihatannya kurang jelas akibat kekurangan pigmen pada mata.
“Kami tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, tapi kami cuba hidup sebaik yang mungkin,” jelas keluarga ini.
Setakat ini, hanya terdapat 17,000 orang di dunia yang menderita penyakit Albino ini.
Di negara miskin, kehidupan pesakit Albino sememangnya cukup mencabar kerana mereka terpaksa berdepan dengan diskriminasi di kalangan penduduk setempat.
0 comments:
Post a Comment