Alor Setar: Seorang wanita berusia 55 tahun ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di dalam tandas sebuah tapak permainan pesta ria berhampiran Shahab Perdana di Lebuhraya Sultanah Bahiyah, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.15 malam, Lee Seet Ying ditemui di dalam tandas oleh majikannya yang segera menghubungi ambulans untuk rawatan lanjut.
Majikan wanita itu Soo Ai Fong, 55, berkata, pada mulanya dia pelik kerana mendiang pergi ke tandas terlalu lama sebelum mengesyaki sesuatu kerana biasanya hanya mengambil masa lima minit.
“Saya rasa tidak sedap hati dan cuba menghubunginya, namun gagal. Selepas itu saya cuba memeriksa di dalam bilik air sambil mengetuk pintu, tetapi tiada jawapan.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
“Menyedari keadaan itu, saya segera menghubungi polis untuk meminta bantuan dan ketika ditemui, mangsa tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui – Hmetro Online
0 comments:
Post a Comment