Lelaki itu bersikap pemilih disebabkan gelandangan di kawasan berkenaan sentiasa mewah makanan berikutan keprihatinan warga kota dan pelbagai NGO yang kerap turun padang mengedar makanan pada malam minggu.
Dalam kata lain, mereka boleh memilih makanan disukai, manakala yang lain ditolak secara baik.
Situasi itu disaksikan wartawan Metro Ahad yang dipelawa NGO berkenaan menyaksikan program penyerahan makanan kepada gelandangan sekitar Pudu Sentral.
Seorang gelandangan yang memperkenalkan dirinya sebagai Azli, 37, berkata, pada malam itu saja mereka menerima stok makanan yang mencukupi hingga keesokan hari – Hmetro online
0 comments:
Post a Comment