- Mahali Jasuli nyata kecewa dengan kekalahan tipis di tangan Qatar. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib.
HASRAT Harimau Malaya beraksi dalam Kejohanan Piala Asia 2015 di Australia tertutup selepas tewas 0-1 kepada Qatar dalam aksi Kumpulan D di Stadium Shah Alam, hari ini.
Jaringan tunggal pemain lawan, Al-Ali pada minit ke-65 yang bijak menyempurnakan hantaran rakan sepasukan sudah cukup memastikan kemenangan Qatar ketika barisan Harimau Malaya dilihat lebih banyak mengejar bola di kaki anak didik Fahad Al Thani.
Turun dengan kesebelasan utama terbaik, Harimau Malaya ternyata tenggelam 15 minit pertama terutamanya dibahagian tengah apabila Ketua Pasukan, Safiq Rahim dan K Gurusamy gagal bergandingan dengan baik.
Bibit kemusnahan impian Harimau Malaya kelihatan pada (m-18) namun kecekapan Khairul Fahmi Che Mat selaku benteng terakhir tuan rumah berjaya menyelamatkan cubaan berbahaya penyerang lawan.
Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila menepis percubaan lawan (m-40) ketika benteng pertahanan Mohd Aidil, Amiridzwan Taj, Mahali dan Razman sudah pun tertewas hasil gerakan pantas pelawat.
Bermula babak kedua, Harimau Malaya membuat pertukaran pertama dengan memasukkan Azamuddin Akil (m-52) dan mengeluarkan Gurusamy yang berjaya mengubah corak perlawanan dengan beberapa serangan berjaya dicipta namun gagal menembusi benteng pasukan lawan.
Malam derita anak didik Datuk K Rajagobal akhirnya menjelma (m-65) apabila Al-Ali bijak menyempurnakan hantaran lintang rakan sepasukan yang mudah menolak masuk bola menewaskan Khairul Fahmi.
Gol tersebut nyata memberi tekanan kepada pemain Harimau Malaya hingga melakukan beberapa kesilapan mudah ketika pemain Qatar tenang mengawal permainan.
Beberapa pertukaran dilakukan Rajagobal berbaki 15 minit terakhir nyata gagal memecah kebuntuan untuk mencari gol penyamaan dan terpaksa menelan hakikat kekalahan ketiga dalam Kumpulan D yang sekali gus menutup peluang beraksi di Australia 2015 walaupun berbaki satu perlawanan menentang Yemen, Mac tahun depan.

sumber:sinarharian.com
0 comments:
Post a Comment