Kecoh : Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur
Penduduk Tangkap Babi Jadian Jawa Timur | Makhluk jadian sering dikaitkan dengan perkara-perkara mistik sama ada ia benar-benar ditemui atau sekadar satu cerita dongeng. Baru-baru ini di Situbondo, Jawa Timur gempar diperkatakan tentang penangkapan seekor babi yang dilihat bersaiz kecil. Haiwan ini dipercayai merupakan seekor babi jadian yang telah mencuri wang penduduk kampung.
SITUBONDO, Jawa Timur – Penduduk desa Pesanggrahan di sini dihebohkan dengan penangkapan seekor babi yang percayai makhluk jadi-jadian atau lebih dikenali sebagai babi ngepet.
Makhluk tersebut yang berukuran 30 sentimeter panjang dan seberat tiga kilogram ditangkap ketika haiwan itu masuk ke halaman sebuah rumah penduduk di sini.
Babi ngepet itu kemudiannya diserahkan kepada ketua kampung, H. Abdurrahman yang mengurung haiwan berkenaan di dalam kandang di rumahnya.
“Sejak berita penangkapan babi ngepet itu, rumah saya tidak putus-putus dikunjungi orang ramai, tidak kira dari dalam kampung atau luar daerah.
“Saya terpaksa mengurung haiwan ini di dalam kandang bagi mengelakkan penduduk membunuhnya,” katanya kepada suaramerdeka.com.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Sofi mengakui, sebelum babi ngepet itu ditangkap, banyak laporan kehilangan wang berlaku di kampungnya.
Malah katanya, ramai penduduk melihat kelibat babi itu berkeliaran pada setiap malam.
“Sudah lama kami memburu babi ngepet itu kerana setiap kali penduduk kampung melihat kelibat babi itu pada waktu malam, maka keesokannya pasti ada penduduk yang mengadu kehilangan wang,” katanya. – AGENSI
0 comments:
Post a Comment