Searching...
Saturday, 2 November 2013
19:20 0

Piala Malaysia: ‘Ulat’ Jual Tiket Final RM120 Sekeping

Piala-Malaysia
KOTA BAHARU – Di sebalik langkah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membasmi penjualan tiket haram perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang esok, namun masih ada ‘ulat tiket’ yang berani beroperasi di sekitar Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini.
Malah, mereka dikatakan mengaut keuntungan dengan menjual sekeping tiket dengan harga sehingga tiga kali ganda iaitu RM120 berbanding harga sebenar RM40.
Tinjauan Bernama turut mengesan sekurang-kurangnya enam ulat tiket yang duduk secara berkumpulan di perkarangan stadium untuk mencari pelanggan.
Malah, golongan itu tanpa segan silu menayangkan beberapa keping tiket untuk memudahkan pelanggan mengetahui mereka menjual tiket perlawanan akhir berkenaan.
Ia nyata menimbulkan kemarahan beberapa penyokong Kelantan yang gagal mendapatkan tiket bagi perlawanan itu yang bakal berlangsung di Stadium Shah Alam, yang dijual Rabu lalu.
Alhamdulillah.. hanya dengan BISNES KLIK terbaru ni, KINI saya mampu menjana RM14 dalam beberapa minit..Daftar PERCUMA Disini!
Seorang penyokong The Red Warriors, Rozaimi Ishak, 24, dari Wakaf Baharu, Tumpat, berkata beliau panas hati dengan tindakan ulat tiket yang mengaut keuntungan dengan cara mudah.
“Saya cukup geram dengan ulat tiket yang menjual tiket perlawanan akhir dengan harga yang terlalu mahal sedangkan orang lain terpaksa bersusah-payah beratur untuk membeli tiket.
“Saya sendiri tak dapat tiket walaupun beratur lebih lima jam pada hari tiket dijual. Saya kecewa kerana penjualan tiket secara haram ini masih berleluasa walaupun pelbagai cara telah diambil Kafa untuk mengekangnya,” katanya ketika ditemui di sini, Sabtu.
Sementara itu, Naib Presiden Kafa Datuk Ismail Md Noor ketika dihubungi berkata jualan 10,000 tiket pada Rabu lalu adalah telus kerana ia dipantau rapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Kafa telah mengadakan perbincangan dengan polis Kelantan berhubung masalah ini dan difahamkan tiada sebarang akta atau undang-undang yang boleh mencegah penjualan tiket oleh ulat tiket ini,” katanya.
Sementara itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif memasang sebuah skrin besar di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam bagi peminat bola sepak yang gagal mendapat tiket ke perlawanan akhir itu.
Selain meminta orang ramai menjaga kebersihan dengan menggunakan tong-tong sampah yang disediakan, mereka juga dinasihatkan supaya menonton perlawanan itu dengan semangat kesukanan. – BERNAMA


0 comments:

Post a Comment