Searching...
Friday, 29 August 2014
00:51 0

Jika ‘Perang’ Belum Berakhir, Azwan, Sharnaaz Diminta Karyawan

Rasanya semua pemerhati industri hiburan tempatan sudah mengetahui ‘perbalahan’ di antara selebriti Azwan Ali dengan pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad.
freedie
Enggan memanjangkan cerita, Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez dikatakan mungkin akan memanggil kedua-dua artis itu bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.
Menerusi laporan Sinar Harian, Freddie mengatakan ada betulnya tindakan Sharnaaz yang menegur Azwan kerana baginya untuk menangkap gambar selfie, kita perlulah melihat tika, waktu dan tempat untuk mengambil gambar sedemikian.
“Untuk aktiviti ringan dan hiburan, bolehlah nak selfie. Kita haruslah menghormati suasana pilu di hari perkabungan tersebut walau dengan macam mana riak muka sekalipun, ia tetap tidak sesuai.
“Apa yang ditegur Sharnaaz itu ada betulnya dan saya berharap Azwan Ali akan lebih sensitif selepas ini. Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras’ masing-masing. Cukup-cukuplah itu… Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,” katanya.
Semoga mereka menyahut saranan Karyawan ini agar masing-masing dapat bermuhasabah diri dan tidak terlibat lagi dengan kontroversi dengan mana-mana rakan artis. 
Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment