Dah lama tak dengar cerita tentang pasangan kekasih sensasi, Nelydia Senrose dan Qi Razali. Gosip mengenai hubungan mereka seakan senyap agak lama dan memberi gambaran bahawa masing-masing sibuk dengan kerja serta mungkin jarang bergaduh.
Ia semestinya satu perkembangan yang baik kerana kebanyakkan artis yang bercinta tidak putus-putus bermasalah sehingga menjadi bahan cerita hangat di ruangan gosip akhbar, blog hiburan dan juga laman-laman sosial.
Seketika tadi, penulis sempat menjenguk laman Instagram Nelydia dan agak tertarik dengan beberapa keping gambar pra-perkahwinannya dengan Qi Razali. Adakah pasangan itu bakal bernikah tidak lama lagi. Kedua-dua memang sama padan dan sama cantik ketika mengenakan pakaian pengantin.
Kalau benarlah mereka akan bernikah dalam masa terdekat, penulis ucapkan tahniah. Pasti ramai peminat tidak sabar-sabar melihat Nelydia Senrose dan Qi Razali disatukan dan bersanding di jinjing pelamin.
0 comments:
Post a Comment