Searching...
Saturday, 20 September 2014
19:07 0

Bapa tawar ganjaran RM5,000 cari anak gadis hilang

SEREMBAN 20 Sept. - Seorang bapa menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa saja yang dapat membantunya menemui semula anak perempuannya yang hilang sejak 28 Ogos lalu.

Muhamad Zaidi Mohamed Yunus, 42, membuat tawaran itu selepas pelbagai usaha mencari anaknya, Putri Najihah, 16, termasuk membuat dua laporan polis masih belum berhasil sehingga kini.

Katanya, dia sekeluarga berasa amat bimbang dengan keselamatan anak bongsu daripada tiga beradik itu.

"Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya membantu dan saya sanggup menawarkan ganjaran ini demi kasih sayang terhadap anak," katanya yang datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam aduan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam pada 2 September lalu, Putri Najihah dipercayai dilarikan oleh seorang lelaki yang merupakan bekas pekerjanya di sebuah taman tema di Shah Alam pada kira-kira pukul 8 malam.

Katanya, pengawal keselamatan di taman tema itu telah ternampak anaknya dalam sebuah kereta jenis Proton Saga bersama dua lelaki, seorang perempuan dan kanak-kanak.

Tambahnya, nombor pendaftaran kenderaan itu adalah sama dengan kereta milik bapa seorang bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Ajoy.

Muhamad Zaidi boleh dihubungi melalui talian 010-2443425.




Sumber

0 comments:

Post a Comment