Meskipun rambut sama hitam, apa yang terlintas dalam hati dan sanubari pasti berlainan. Bila kita melihat seseorang itu, pasti kita akan ada satu soalan yang mahu diajukan, namun mungkin tak terluah.
Namun, semalam salah seorang pengikut Instagram pelakon cantik, Fathia Latiff dilihat telah melontarkan soalan yang agak panas kepada pelakon itu.
Malah, soalan sensitif itu disambut pula dengan jawapan daripada beberapa orang followersnya yang lain. Tidak dinafikan, soalan itu ada asasnya dan sedikit sebanyak mungkin terkesan kepada semua orang. Semua ya!
Hurm..kami pun tak berani lah komen sebab memang rasanya tak salah untuk peminat itu untuk bertanyakan soalan sedemikian kepada artis kegemarannya kan? Malah, kami tak rasa pun yang dia berniat mahu memburukkan nama Fathia.
Mungkin juga individu itu mempunyai tahap ‘curiousity‘ yang tinggi mengenai kehidupan seharian insan bergelar selebriti terkenal seperti Fathia. Yelah, cara hidup masing-masing sudah tentu berbeza.
Dek kerana soalan panas itu, terdapat beberapa respon terhadap soalan yang diajukan. Malah, jawapan yang diberikan itu juga ada kebenaran.
Apapun, sama-samalah kita bersangka baik antara satu sama lain dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri. Mana ada manusia biasa yang maksum di muka bumi ni kan?
Kredit foto: Instagram Fathia Latiff
OHBULAN
0 comments:
Post a Comment