Manjung: Seorang bapa bersama dua anak lelakinya berusia lima dan tujuh tahun maut dalam kemalangan di Batu 6, Lekir, di sini lewat malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa dikenali sebagai Suhaini Abu Samat, 39, yang menunggang motosikal bersama dua anak kecilnya itu maut selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta.
Ketua Polis ?Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba berkata, siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa bersama dua anak yang keluar simpang kanan dari arah Lekir menuju ke arah Seri Manjung, di sini dan memasuki ke lorong kanan laluan berkenaan.
"Pada masa sama, datang sebuah kerera jenis PROTON Waja dari arah yang sama dan merempuh belakang kenderaan dinaiki tiga beranak itu.
"Pada masa sama, datang sebuah kerera jenis PROTON Waja dari arah yang sama dan merempuh belakang kenderaan dinaiki tiga beranak itu.
KETIGA-TIGA mangsa maut di tempat kejadian akibat tercampak.
"Akibat rempuhan itu penungang dan dua orang pemboncengnya tercampak ke laluan bertentangan dan ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta hanya mengalami kecederaan ringan dan ditahan untuk membantu siasatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
sumber:mymtero.com
0 comments:
Post a Comment