Searching...
Monday, 1 September 2014
07:15 0

VIDEO: Staf Digi Kurang Ajar, Tuduh Pelanggan Menipu

Nampaknya dah jadi trend zaman sekarang pelanggan gemar merakam sebarang situasi yang membuatkan mereka berasa tidak puas hati.
Terbaru, seorang pelanggan Digi memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia dilayan dengan kurang sopan oleh kaki tangan syarikat telekomunikasi tersebut.
10614153_367149506776184_6349826672744130704_n
Insiden dikatakan bermula apabila pelanggan tersebut datang ke Digi IOI Mall Puchong untuk bertanya mengapa rekod pembayaran pada 29 Ogos tidak direkod selepas membuat semakan. Menurut pelanggan tersebut dia membuat bayaran di situ sehari sebelumnya namun terlupa untuk meminta resit. Atas sebab itu seorang pekerja lelaki dan perempuan di kaunter menolak dakwaannya dan menuduh dia menipu.
Apabila meminta untuk menyemak CCTV, pekerja terbabit mula berdolak dalih dan bercakap kasar membuatkan pelanggan ini mengambil keputusan untuk merakam perlakuan mereka.
Susulan penyebaran video ini, Digi telah memuat naik satu status di Facebook mereka bagi memberi jaminan sedang menyiasat dan tidak akan memberi muka terhadap staf yang tidak menghormati pelanggan.
digi
Tahniah kepada Digi kerana respon segera dan kepada mereka yang rasa-rasa kepala angin tu, elakkanlah daripada bekerja melibatkan perkhidmatan kaunter pelanggan ok?
Oleh: REM RAMZI

0 comments:

Post a Comment