Selepas bercerai talak satu dengan bekas suaminya pada tahun 2011, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keenam, Siti Nursaida Tarudin, dikatakan sudah menemui pengganti baru dikenali Ampit, seorang lelaki bergelar duda beranak dua.
Penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia itu yang ditemui Kosmo semalam mengakui kebenaran dakwaan yang tersebar dan mendedahkan yang dia kini sedang mengenali hati budi jejaka tersebut.
"Alhamdulillah, saya sedang mengenali dirinya. Kini kami sedang menyelami hati budi masing-masing. Apa yang saya boleh katakan sekarang, saya hanya mahu 'go with the flow' dan mahu hubungan ini berjalan mengikut aturan langkah demi langkah (step by step)."
"Kami saling memahami dan itu membuatkan kami senang untuk berkawan. Dia seorang yang berfikiran matang. Saya mempunyai anak, dia juga mempunyai anak. Jadi, apabila dia berfikiran sebegitu, perhubungan kami berjalan lancar dan boleh pergi jauh. Umur bukan penghalang, apa yang penting dia berfikiran matang."
0 comments:
Post a Comment