Georgetown: Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun kritikal selepas dia dikatakan tergelincir ke dalam kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam, di sini, semalam.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, mangsa Ooi Zhi Ting dikatakan mengikut bapanya ke rumah terbabit untuk berjumpa kenalan bapanya.
Bagaimanapun, dia kemudian bersama anak kenalan bapanya serta beberapa lagi remaja berusia lingkungan 15 dan 16 tahun turun ke kolam renang berkenaan.
Namun, mangsa yang dikatakan berjalan berseorangan berhampiran kolam tergelincir dan terjatuh dalam kolam itu.
Namun, mangsa yang dikatakan berjalan berseorangan berhampiran kolam tergelincir dan terjatuh dalam kolam itu.
OOI diberi bantuan kecemasan selepas lemas di kolam renang di sebuah kondominium di Bandar Baru Air Itam, semalam.
Mangsa ketika itu diselamatkan dan dibawa naik sebelum diberikan rawatan kecemasan oleh bapanya sendiri bagaimanapun keadaan kanak-kanak terbabit tidak bermaya kerana dipercayai tertelan air.
sumber:mytero.com
0 comments:
Post a Comment