Mungkin terlepas pandang akan maksud sebenar nama tersebut, sepasang suami isteri memilih untuk menamakan anak mereka Clamidya bersempena nama nenek bayi perempuan tersebut.
Namun, menginjak dewasa, nama tersebut tidak memberikan tuah malahan gadis itu terpaksa berhadapan dengan tohmahan dan cacian dari persekitaran.
Untuk informasi, ejaan dan sebutan Clamidya mirip dengan satu terma perubatan iaitu Chlamydia Trachomatis, sejenis penyakit seksual yang berjangkit melalui hubungan senggama.
Atas sebab itu, gadis yang berasal dari Louisiana, Amerika Syarikat ini ingin menyaman kedua ibu bapanya sebanyak USD 4.8 juta.
Katanya, pemilihan nama tersebut menyebabkan kehidupannya seperti berada di dalam ‘neraka’ kerana setiap hari, dia terpaksa berhadaan dengan rakan sekolah yang mengejek dan menjadikan namanya sebagai subjek untuk membuli.
Berjaya untuk terselamat dari cubaan membunuh diri sebanyak 12 kali dalam tempoh lima tahun, dia juga berhadapan dengan masalah berat badan dan tekanan perasaan di atas pemilihan nama tersebut.
Ujarnya, dia mahu menyaman kedua ibu bapanya agar dia dapat mengubah namanya dan menebus kehidupan yang lebih balik.
Tambah gadis ini, nama tersebut menyebabkan tiada lelaki mahu mendekatinya dan dia masih dara pada usia 18 tahun.
sumber: http://mynewshub.cc/2014/10/12/gadis-saman-ibu-bapa-kerana-namanya-clamidya/
Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

0 comments:
Post a Comment