Ini Bukan Gambar Bogel Saya – Jelas Rozita Che Wan. Jika tengok sekali imbas
memang ramai akan berkata wanita dalam gambar bogel ini mirip Rozita Che Wan.
Tetapi tuan badan sudah memberikan kenyataan balas.
Menerusi portal hiburan Murai, Rozita Che Wan menafikan yang individu dalam
gambar bogel yang di tunjukkan itu adalah dirinya dan berkata tidak tergamak untuk
lakukan sebegitu.
Saya tidak pernah bervideo chat. Saya pun tidak tahu apakah itu video chat atau
webcam. Saya sendiri tak tahu sama ada telefon saya boleh berbuat sebegitu atau
tidak.
Jadi, terus-terang saya tidak pernah berbuat perbuatan yang terkutuk seperti ini, jelas
Rozita Che Wan hari ini.
Meneruskan penjelasan kepada murai.com.my, Rozita memberitahu gambar bogel
itu bukannya menggunakan teknik super impose kerana berkemungkinan besar ia
adalah individu yang menyerupai wajahnya.
Mungkin pelanduk dua serupa. Sekarang ini pun, saya difahamkan ramai wanita dan
pondan menyerupai wajah saya.
Sekali lagi, saya ingin memberitahu itu bukan gambar saya. Apapun, gambar ini
disebarkan berkemungkinan besar ada pihak yang cemburu dan cuba menjatuhkan
kerjaya saya.
Apapun, terima kasih kerana memberitahu saya tentang hal ini untuk mengesahkannya.
Ingat! Itu bukanlah diri saya ya, jelasnya.
Difahamkan, gambar bogel Rozita Che Wan tersebut telah pun disiarkan disebuah
laman blog pada awal tahun 2012.
Malah, wanita yang berada didalam gambar tersebut telah menjadi pujaan ramai kerana
wajahnya menyerupai Rozita Che Wan.
SUMBER-kamithemedia
0 comments:
Post a Comment