Kadang kala kata-kata lebih menyakitkan hati berbanding pukulan umpama hati tertusuk pisau.Gadis ini sering dihina dengan panggilan 'Jaws' atau 'Yu' kerana bentuk rahangnya dianggap aneholeh orang lain. Hinaan kerana bentuk fizikalnya yang berbeza membuat hatinya terluka selamabertahun-tahun. Pembedahan plastik jadi pilihan untuk menghilangkan ejekan tersebut.
Teman-teman sering mengejek dan tertawa melihat daguku
Nama gadis ini adalah Leanne Woodfull, usianya 20 tahun, tinggal di Dublin. Dipetik dariDailymail.co.uk, Leanne mengaku bahawa sejak kecil sering diejek dengan panggilan jahatmengenai bentuk rahangnya yang menonjol. Bentuk rahang itu disebabkan pemakaian kawat gigiketika usianya 11 tahun. Ejekan demi ejekan diterima Leanne sehingga beliau remaja,rakan-rakannya sering mengatakan mulutnya mirip yu.
"Rahang besar menghancurkan hidup saya, dan kini saya rasa sangat senang dan sudah boleh tersenyum dengan percaya diri," ujar Leanne. "Ketika menatap cermin, saya berasa senang dan lega kerana gadis 'yu' yang ku kenal akhirnya hilang," katanya.
Kata keluargaku, aku cantik, tetapi ejekan orang lain menghancurkanku
Leanne melakukan operasi perbaikan bentuk rahang bukan kerana untuk kelihatan cantik tetapi bertahun-tahun menerima ejekan dan ditertawakan rakannya sendiri adalah pekara yang sangat menyakitkan, membuatkannya rasa hilang kepercayaan diri. Leanne sehinggakan berfikir bahawa wajahnya sangat cacat dan tidak boleh diperbaiki. Dia bahkan tidak mahu memaparkan fotonya di dinding rumah. Kadang kala Leanne menutupi dagunya dengan selendang kerana malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Keluarga Leanne sering mengatakan bahawa dirinya cantik, walau apapun bentuk fizikalnya dansindiran orang lain. Namun ejekan dari rakan-rakannya sangat menyakitkan, apa lagi didengarihampir setiap hari. Rasa tertekan itu akhirnya membuat Leanne berani melakukan pembedahanagar rahangnya kelihatan normal.
"Pada mulanya saya bimbang, kerana setelah melakukan pembedahan, muka saya kelihatan (bengkak dan lebam), tetapi aku bersedia melakukannya demi mendapatkan wajah normal,"ujar Leanne. "Apabila pembalut dibuka untuk pertama kalinya, saya sangat emosional melihat wajah saya," katanya dengan wajah bahagia.
Selepas pulih, Leanne menjadi gadis yang mempunyai kepercayaan diri yang tinggi. Dia mudahbergambar dan memakai pakaian bergaya. Leanne lebih selesa dengan keadaan ini kerana tidakada lagi yang mengejek atau menertawainya.
"Rakan saya mengatakan, saya kelihatan cantik. Saya benar-benar merasa cantik untuk pertama kalinya dalam hidup saya," ujar Leanne.
Kredit : ejeninfo.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment