Searching...
Thursday, 23 October 2014
06:31 0

Sanggup Bercium Selama 56 Minit Demi IPhone 6



Kegilaan sesetengah golongan manusia terhadap gajet, memang tidak dapat dibendung.
Lihat sahaja artis remaja popular Elfira Loy yang sanggup menggadaikan sebuah ‘designer handbag’ demi memiliki telefon pintar kegilaan ramai kini iaitu iPhone 6.
Lebih mengejutkan, ada kes sanggup menjual ginjal, rumah dan melelong dara demi mendapatkan telefon bimbit keluaran terbaru Apple ini.
Namun lain pula yang berlaku di China, di mana sebuah pusat beli belah di Jinhua mengadakan pertandingan ‘Ciuman Paling Lama’ dan hadiah yang ditawarkan adalah sepasang iPhone 6.
Seramai 40 pasangan menyertai pertandingan ini.
Iyalah, siapa tak mahu iPhone 6 percuma dengan syarat cuma bercium dengan orang yang disayangi kan?
Desktop1_02
Desktop1_03
Lihat sajalah, ada antara peserta yang menyertai pertandingan ini merupakan pasangan sejenis.
Bersungguh-sungguh mereka bercium demi mendapatkan telefon bimbit.
Ketika pertandingan berlangsung, terdapat pasangan yang cuba melupakan masa yang sedang berjalan dengan cara bermain game di telefon bimbit.
Pertandingan akhirnya dimenangi oleh pasangan yang berjaya bercium dengan catatan masa selama 56 minit.
Peh, dek kerana Iphone 6, apa pun sanggup!





sumber:http://mynewshub.cc/2014/10/22/sanggup-bercium-selama-56-minit-demi-iphone-6/
 – MYNEWSHUB.CC
Oleh : FARAH R 

0 comments:

Post a Comment