Searching...
Tuesday, 28 October 2014
08:10 0

Sibuk Layan Nafsu Seks, Ibu Bapa Biar Anak Kebuluran



Dek kerana nafsu seks melampau, seorang ibu sanggup membiarkan anaknya dengan mengunci bilik tanpa memberi sebarang makanan selama beberapa hari.
Akibatnya, kanak-kanak yang baru berusia 4 tahun itu ditemui dalam keadaan sadis oleh pihak berkuasa tempatan tahun lalu.
Ibu bapa kanak-kanak berkenaan kini didakwa di mahkamah kerana tidak memberi makanan kepada anak mereka dan kes masih dalam proses perbicaraan.
Bagaimana pun, ibu kanak-kanak tersebut telah mengaku bersalah memberi layanan buruk kepada anaknya gara-gara sibuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.
Tapi jika dilihat suasana rumah pasangan tersebut yang terlalu kotor dan menjijikkan ketika pihak berkuasa melakukan serbuan, nampak gaya semua perkara dalam hidup diabaikan mereka semata-mata melayan hawa nafsu.
1414469133422_wps_34_Supplied_image_obtained_F
1414468999827_wps_33_Supplied_image_obtained_F (1)
1414468884334_wps_32_Supplied_image_obtained_F
1414467868245_wps_27_adelaide_home_2806_jpg
1414467644972_wps_24_adelaide_home_2801_jpg
Kejadian di Adelaide ini mendapat liputan meluas oleh media gara-gara ramai marah terhadap si ibu berusia 24 tahun yang tidak menjaga anak dengan elok malah sanggup membiarkan si kecil hidup dalam rumah yang kotor.
Lebih menyedihkan kanak-kanak malang tersebut kini trauma dan sering ketakutan hingga sanggup menghentak kepalanya ke dinding.
Hari ini ketika kes sedang dibicarakan, ibu kanak-kanak tersebut menangis mendengar keterangan tersebut daripada keluarga angkat baru anaknya. - MYNEWSHUB.CC

0 comments:

Post a Comment