Searching...
Tuesday, 21 October 2014
23:39 0

Suami Gila Rakam Isteri Mandi Setiap Hari


Kuala Lumpur:Lima jahitan di kepala dan lebam seluruh badan. Itulah harga 
terpaksa dibayar seorang wanita berusia 27 tahun kerana menghalang suaminya
daripada merakam videonya sedang berbogel di bilik mandi.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari di rumah mereka di Bandar Sri Permaisuri, 
di sini, kelmarin, mangsa juga diugut bunuh lelaki terbabit kerana menghalangnya 
daripada berbuat demikian.

Menyedari suaminya berusia 29 tahun mempunyai niat jahat selain tidak tahan 
dipukul, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Sumber berkata, sebelum kejadian, suami mangsa bertindak merakam video 
isterinya yang sedang mandi menggunakan telefon bimbit tanpa pengetahuan wanita 
terbabit.

“Bagaimanapun, perbuatan itu kemudian disedari isterinya sebelum meminta 
suaminya memadamkan video yang direkodkan itu.

“Permintaan mangsa tidak diendahkan sebaliknya lelaki itu memujuk isterinya untuk 
merakamkan adegan mereka berasmara,” katanya memberitahu permintaan itu juga 
turut ditolak dengan baik oleh isterinya itu.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba merampas telefon bimbit milik suaminya
itu dipercayai mahu memadam rakaman video berkenaan.

“Perbuatannya menyebabkan suaminya naik marah lalu bertindak menghentak kepala 
mangsa di dinding bilik dan almari.

Lelaki itu juga dilapor menumbuk dan menendang mangsa berulang-kali dan ketika itu,
mangsa hanya mampu merayu dikasihani.“Lelaki terbabit turut mengugut untuk 
membunuh isterinya itu sebelum meninggalkan rumah,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang mengalami kecederaan segera menghubungi rakannya 
sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di kawasan.







sumber:http://funstimes.blogspot.com/2014/10/suami-gila-rakam-isteri-mandi-setiap.html#.VEdOmSKUdGk

0 comments:

Post a Comment