Pengetua dan guru kantoi ditangkap pelajar ketika sedang melakukan seks oral terhadap staf sendiri, di sebuah sekolah menengah mengugut pula pelajarnya akan mengambil tindakan mahkamah selepas video seksnya menjadi viral di Internet.
Drago Kamenik, 41, ditemui dalam keadaan sedang melakukan seks oral terhadap guru matematik Manja Mertelj disebuah Sekolah di Slovenia, selepas beberapa pelajar terdengar bunyi mencurigakan dalam sebuah kelas kosong.
Aksi pengetua itu kemudiannya dirakam lalu dimuat naik di laman sosial. Pengetua tersebut yang risau selepas video itu tersebar terus mengugut untuk menyaman pelajar terbabit.
“Kami terdengar bunyi bising dan nampak ada orang sedang melakukan seks dalam kelas yang kosong.
“Pada mulanya kami menyangkakan pelajar lain sedang lakukan perkara itu, namun terkejut selepas menyedari pasangan itu adalah cikgu matematik dan pengetua sekolah kami,” kata salah seorang pelajar yang ternampak kejadian memalukan itu.
Drago, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, bermati-matian mengatakan video tersebut palsu dan sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran video tersebut.
“Lelaki dalam video itu bukan saya, ianya telah diedit,” dakwanya.
Para pelajar yang memuat naik video itu bagaimanapun tidak mempedulikan amaran Drago, sebaliknya bertegas akan berkongsi keseluruhan video sekiranya keadaan memaksa.
“Kami boleh sahaja muat naik keseluruhan video tersebut supaya semua orang percaya kesahihan video kami,” kata pelajar yang merakam video tersebut. Credit Mynewshub
0 comments:
Post a Comment