Akibat dari fotonya berpakaian ala cowboy girl tersebar di laman sosial sebuah blog hiburan terkenal, berpusu-pusu komen melampau yang diterima terhadap selebriti jelita Maya Karim.
Sepanjang pemerhatian kami, rata-rata yang memberikan komen tersebut dah tentulah dari pihak lelaki. Kasihan pula kami pada Maya kerana turut disamakan dengan porn star.
Sejujurnya, kami tak faham kenapa ada manusia yang berfikiran kotor seperti ini. Kalau iyapun nak beri nasihat, rasanya boleh tulis baik-baik kot.
Kadang-kadang rasa seriau pula bila membaca komen yang diberikan. Bukan apa, sesetengah komen tu boleh disifatkan sebagai tak masuk akal dan boleh menjatuhkan maruah seseorang.
Apapun, kami harap Maya tak ambil hati. Adatlah jadi selebriti, tak semua orang akan suka kita, bersabarlah Maya.
Credit OB
0 comments:
Post a Comment