Siapa sangka sebuah lagu Itali inspirasi daripada karakter kartun anak ayam “Il Pulcino Pio” yang diterbitkan pada 18 Julai 2012 menjadi cukup hit hingga menjuarai carta lagu selama 8 minggu berturut-turut.
Ia turut menguasai carta lagu di Perancis, Sepanyol, Netherlands dan beberapa negara Eropah lain setelah dialih bahasa.
Antaranya “The Little Chick Cheep” dalam versi Inggeris.
Rahsia kegilaan umum terhadap lagu ini adalah tarian yang diperkenalkan bersamanya menyebabkan ramai orang mula menggoyangkan badan apabila mendengar ia berkumandang.
Setelah dua tahun dan dialih ke banyak bahasa, anak ayam Pulcino Pio masih popular selepas banyak parodi dimuat naik di YouTube menggambarkan keletah comel terutama gadis ketika ikut sama menyanyikannya.
Namun dalam banyak-banyak parodi dibuat, aksi gadis Korea ini amat menarik dan dikongsikan ramai orang di laman sosial.
Kalau diikutkan gaya menyanyi Pulcini Pio versi Korea iaitu Beep Beep Yau ini pasti mengingatkan kita kembali pada kegilaan Gwiyomi satu masa dulu betul tak?
Apa pun, gadis dalam video di atas memang super cute ah!
- MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI
0 comments:
Post a Comment