Searching...
Tuesday, 23 December 2014
16:11 0

Artis wanita seksi tersilap masuk majlis...

Gambar hiasan
SS tidak tahu sama ada hendak ketawa, simpati atau apa dengan kejadian yang menimpa seorang artis wanita ini.
SS mulanya kasihan namun apabila fikir balik rasanya dia pun sepatutnya kenalah bijak cari jalan penyelesaian.

SS dimaklumkan dia terbabit dalam sebuah acara yang mana dia pun tidak sangka akan berkongsi tempat dengan orang-orang alim.

Dia seperti biasa tampil dengan imejnya yang cukup seksi namun tidak sangka apabila majlis yang dihadiri itu turut disertai golongan itu.

Apa lagi, dia yang berpakaian seperti 'tidak cukup kain' itu serta-merta menjadi malu dan serba-salah.

Khabarnya, lama jugalah dia mengumpul kekuatan untuk menyertai mereka dan reda saja apa lagi dia pun sudah terlanjur mengenakan penampilan sedemikian.

SS tidak mahu jatuh hukumlah tapi dalam hal-hal sebegini, itulah masanya kita harus sentiasa bersedia dengan kemungkinan yang kita tidak jangka. 

Memang benar kita tidak boleh menolak takdir namun sekurang-kurangnya adalah inisiatif sentiasa bersedia.

Bagi SS, sepatutnya sudah tahu penampilannya itu mungkin boleh menjadi jerat kepada dirinya, bawalah siap-siap persalinan lain ataupun sesuatu yang sekurang-kurangnya boleh menutup imej seksinya itu.

Bagaimanapun, SS tabik juga dengan artis ini kerana sekurang-kurangnya pandai juga dia berasa malu apabila berhadapan insiden itu. Tapi, bagaimana pula yang memang tidak ada perasaan seperti itu langsung bahkan berlagak megah dengan penampilan melebih-lebih?

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/17534#sthash.JJoheAIo.dpuf

0 comments:

Post a Comment