SEORANG ibu muda tergamak membakar bayinya sendiri di tengah-tengah jalan yang sunyi.
Kejadian malang tersebut dilaporkan berlaku di New Jersey, Amerika Syarikat.
Hyphernkemberly Dorvilier, 22, dari bandar Pemberton kini didakwa atas tuduhan membunuh.
Berdasarkan kenyataan saksi yang juga jiran di situ, Dorvilier menuang cecair mudah terbakar pada bayinya kira-kira jam 11 malam, Jumaat lalu.
Kemudian, dia menyalakan api membuatkan bayinya terbakar di tengah-tengah jalan di kawasan tersebut.
“Tingkah lakunya sangat tenang dan dia tahu apa yang sedang dilakukannya ketika itu, ” ujar salah seorang saksi, David Joseph kepada sebuah akhbar tempatan.
Bila ditegur wanita itu cuba memadamkan nyalaan menggunakan air minuman dan mendakwa, dia sedang membakar najis anjing.
Sebaik dimaklumkan pihak polis bergegas ke lokasi yang terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar Philadelphia.
Dorvilier kemudiannya ditahan dengan wang jaminan US$500,000.
Bayinya dikejarkan ke sebuah hospital di Philadelphia menggunakan perkhidmatan helikopter, namun tidak dapat diselamatkan. -MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment