Hari ini Emma telah menjelaskan perkara sebenar dimana adegan beliau menampar Kamal hanyalah gimik semata-mata. Ia salah satu idea untuk menarik minat ramai bagi memperkenalkan satu produk minuman terbaru dikenali sebagai Est Cola.
Idea untuk menyebarkan sedutan Emma menampar Kamal itu adalah hasil daripada pihak Est Cola sendiri. Sejujurnya Emma mengakui pada awalnya beliau bimbang ia akan memberi kesan negatif kepada mereka berdua.
Jujurnya ia bukan idea kami tetapi daripada pihak produksi namun mereka meminta izin kami terlebih dahulu sebelum ia disebarkan. Saya dan Kamal memang risau kerana tahu akan reaksi peminat dan benar kami menerima pelbagai kritikan tetapi bersetuju kerana ia adalah sekadar gimik untuk memperkenalkan produk berkenaan selain ia hal tuntutan kerja.Dari sudut positifnya meskipun ia memberi kesan negatif kepada kami tetapi ia secara tidak langsung telah mempromosikan produk berkenaan dengan skala lebih besar.
Emma juga sedar bahawa peminatnya dan Kamal tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut dan sering meminta beliau untuk memberitahu perkara sebenar.
Sejak seminggu lalu memang saya menjadi sasaran peminat yang ingin mengetahui kejadian disebalik saya menampar Kamal dalam sebuah video yang tersebar. Tidak kurang juga yang terus menghentam saya dan pelbagai kata-kata negatif tanpa mengetahui situasi sebenar.
Kami dah boleh agak memang gimik sahaja semua ini, nampak sangat video itu adalah sesuatu yang dirancang. Memang berkesan la kan strategi mereka sebab isu ini memang cukup viral.
0 comments:
Post a Comment