Searching...
Saturday, 14 May 2016
07:57 0

Awek cantik buat apa tue Hingga ditahan Polis??Jom baca selanjutnya...

Awek Cina Disuruh Nyanyi Negaraku Bukti Warganegara
ALAH perkara biasa bagi pengguna jalan raya sekiranya ditahan semasa operasiroadblock seandainya sikap atau tingkah laku dilihat ‘mencurigakan’ oleh polis yang bertugas.
Seorang wanita berbangsa Cina terpaksa melalui detik malang apabila ditahan polis trafik dalam satu sekatan jalan raya kerana disyaki sebagai warga asing.
Menurut sebuah portal, mangsa bersama teman lelakinya semasa insiden itu.
Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan, mangsa yang dikenali sebagai Raine Lee disuruh menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia.
Awek Cina Disuruh Nyanyi Negaraku Bukti Warganegara
Raine, 25; memberitahu anggota bertugas itu bahawa dia tercicir kad pengenalannya dan menunjukkan lesen memandunya, namun polis trafik itu tidak mempercayainya.
Mereka malah mendakwa bahawa lesen memandu dan gambarnya adalah palsu serta turut mengesakinya adalah warga China.
I lied that i just lost my IC earlier & gave him my driver’s license but he kept saying it’s fake cos it doesn’t look like me. adding on that he’s positive I’m from China,” tulisnya.
Awek Cina Disuruh Nyanyi Negaraku Bukti Warganegara
Selepas kejadian itu, Raine kemudian memuat naik cerita itu di laman Facebooknya dan mengakui bahawa kad pengenalan dirinya telah hilang dua bulan lalu, berbeza dengan apa yang diberitahu kepada anggota bertugas itu.
Walaupun tidak dapat melengkapkan nyanyian lagu Negaraku, Raine dilepaskan oleh anggota polis trafik berkenaan.
Pengajarannya, jangan sesekali hilangkan kad pengenalan anda dan salahkan pihak berkuasa sekiranya mereka ‘meminta’ anda untuk menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan status kewarganegaraan.
Hurmm… Anda rasa semua rakyat Malaysia hafal tak lagu kebangsaan tu. Bagi yang tak hafal tu, cepat-cepatlah menghafalnya kalau tak mahu kena saman… – MYNEWSHUB.CC


0 comments:

Post a Comment