SEORANG artisan Jepun, Megumi Igarashi telah menjadi bualan hangat media sosial seluruh dunia apabila telah mencipta kayak yang konon berbentuk faraj dirinya pada tahun 2014.
Namun kayaknya tersebut teruk dikecam masyarakat sebagai tidak bermoral sehinggalah pada Isnin lalu apabila mahkamah Jepun memutuskan bahawa Igarashi, 44, tidak bersalah atas karyanya itu.
Iragashi yang menggunakan nama samaran ‘Rokudenashiko’ atau ‘gadis tidak berguna’ dituduh sebagai melakukan cubaan untuk mempamerkan ‘benda-benda’ berbentuk porno kepada orang awam.
Bagaimanapun jelas hakim mahkamah, adalah menjadi kesalahan bagi warga Jepun sengaja mahu mempamerkan sebarang bentuk alat sulit lelaki atau wanita kepada umum.
Pada Isnin lalu, Igarashi hanya dikenakan denda sebanyak 400,000 yen (kira-kira RM14,875), separuh penalti yang dituntut oleh pihak pendakwa di sebuah mahkamah daerah Tokyo.
Ini kerana dia didapati bersalah cuba mengedarkan imej ‘lucah’ yang membolehkan penerima lain mencetak bebas kemaluan dirinya dalam bentuk tiga dimensi (3D).
Semasa perbicaraan itu berlangsung, hakim mendakwa kayak itu merupakan satu karya ‘seni pop’ dan tidak pun melambangkan secara terang-terangan alat sulit wanita.
“Karya saya mengundang gelak tawa sahabat yang melihatnya kerana ia dihias cukup elok. Ia bukan sesuatu yang lucah,” kata Iragashi tahun lalu dalam satu kenyataan. – MYNEWSHUB.CC
0 comments:
Post a Comment