Searching...
Wednesday 16 October 2013
03:00 0

Pelajar Ketagih Buku Digital Lucah


lucah
IPOH – “Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital),” jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi.
Menurutnya, ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari Internet.
Dia yang ditemui wartawan bersama rakan sebaya berkata, antara buku lucah digital yang mudah dimuat turun antaranya menggunakan judul cerita seks, cerita seks 1, cerita seks III dan pelbagai judul lain.
“Saya tertarik dengan pelbagai cerita ghairah ini terutama membabitkan hubungan terlarang antara guru dan murid.
“Pada mulanya saya tidak mengetahui kewujudan buku digital ini sehinggalah seorang rakan menunjukkan kaedah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store.
“Saya sangkakan aplikasi itu hanya berfungsi untuk mendapatkan ratusan permainan secara percuma, namun saya tidak sangka ia turut menawarkan buku digital lucah,” katanya.
Dia yang belajar di sebuah sekolah di Tambun, di sini, turut menunjukkan kaedah mudah memuat turun buku digital itu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 30 saat.
“Saya tidak perlu rasa takut-takut kerana kewujudan buku digital ini tersembunyi di dalam telefon bimbit tanpa diketahui sesiapa.
Banyak rahsia lain ada di dalam telefon ini termasuk koleksi gambar lucah,” katanya.
Seorang lagi rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 17, berkata, kewujudan buku digital lucah ini tidak ubah seperti perpustakaan porno bergerak yang boleh dimuat turun sesiapa saja.
“Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah.
Zaman sudah berubah, sekarang tidak lagi perlukan buku atau majalah untuk melihat semua ‘benda’ ini,” katanya.
Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira empat buku digital lucah berbahasa Melayu yang mudah dimuat naik dengan kandungan cerita mengghairahkan dan menjadi tarikan remaja sekolah.
Kebanyakan cerita berkenaan sebelum ini pernah dipaparkan melalui laman web lucah seperti Melayu Boleh, Cerita Panas Melayu, melayu bogel, melayu telanjang, redtube Malaysia, tube8 dan pelbagai laman sesawang lain.
Bagaimanapun, semua laman web lucah itu sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – Harian Metro
Pelajar Ketagih Buku Digital Lucahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Students-Addicted-to-Digital-Book-Porn.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/10/Students-Addicted-to-Digital-Book-Porn-150×150.jpgMyNewsHubTerkini
IPOH – “Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital),” jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama…
IPOH – “Memang sangat senang. Kita hanya perlukan kemudahan WiFi pada telefon pintar dan selepas itu, semua novel atau cerpen lucah Melayu boleh dimuat turun melalui aplikasi e-book (buku digital),” jelas pelajar tingkatan lima, Rosman, 17, (bukan nama sebenar) yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tidak lama lagi. Menurutnya, ratusan nukilan novel atau cerpen lucah berbahasa Melayu boleh diperoleh tanpa perlu bersusah payah mencarinya di kedai majalah atau melayari Internet. Dia yang ditemui wartawan bersama rakan sebaya berkata, antara buku lucah digital yang mudah dimuat turun antaranya menggunakan judul cerita seks, cerita seks 1, cerita seks III dan pelbagai judul lain. “Saya tertarik dengan pelbagai cerita ghairah ini terutama membabitkan hubungan terlarang antara guru dan murid. “Pada mulanya saya tidak mengetahui kewujudan buku digital ini sehinggalah seorang rakan menunjukkan kaedah memuat turun aplikasi ini melalui Play Store. “Saya sangkakan aplikasi itu hanya berfungsi untuk mendapatkan ratusan permainan secara percuma, namun saya tidak sangka ia turut menawarkan buku digital lucah,” katanya. Dia yang belajar di sebuah sekolah di Tambun, di sini, turut menunjukkan kaedah mudah memuat turun buku digital itu yang boleh dilakukan dalam tempoh masa kurang 30 saat. “Saya tidak perlu rasa takut-takut kerana kewujudan buku digital ini tersembunyi di dalam telefon bimbit tanpa diketahui sesiapa. Banyak rahsia lain ada di dalam telefon ini termasuk koleksi gambar lucah,” katanya. Seorang lagi rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Along, 17, berkata, kewujudan buku digital lucah ini tidak ubah seperti perpustakaan porno bergerak yang boleh dimuat turun sesiapa saja. “Saya sudah khatam semua cerita novel dan cerpen e-Book ini yang mengandungi ratusan judul kisah lucah. Zaman sudah berubah, sekarang tidak lagi perlukan buku atau majalah untuk melihat semua ‘benda’ ini,” katanya. Sementara itu, wartawan Harian Metro mendapati terdapat kira-kira empat buku digital lucah berbahasa Melayu yang mudah dimuat naik dengan kandungan cerita mengghairahkan dan menjadi tarikan remaja sekolah. Kebanyakan cerita berkenaan sebelum ini pernah dipaparkan melalui laman web lucah seperti Melayu Boleh, Cerita Panas Melayu, melayu bogel, melayu telanjang, redtube Malaysia, tube8 dan pelbagai laman sesawang lain. Bagaimanapun, semua laman web lucah itu sudah disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). – Harian Metro


02:57 0

Video: Restoran Hanya Ambil Kembar Seiras Bekerja


SEORANG pemilik restoran di Moscow, Russia berjanji kepada pengunjung yang datang bahawa mereka akan disajikan dengan pengalaman menarik apabila beliau hanya mengambil pasangan dua beradik kembar seiras untuk bekerja di restoran itu.
Restoran yang dikenali sebagai Twin Stars itu hanya mengambil kembar untuk bekerja sebagai penjaga bar dan juga pelayan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan juga meletakkannya sebagai satu-satunya restoran seumpama itu di dunia memperkenalkan layanan sebegitu.
Pemiliknya Alexei Khodorovsky, beliau mendapat inspirasi dari sebuah filem terbitan tahun 1960 mengisahkan tentang seorang perempuan yang berada dalam sebuah dunia yang semuanya mempunyai salinan pendua termasuk dirinya.
Rata-rata para pengunjung restoran itu menyifatkan ia sebagai idea yang baik.
Satu pasangan kembar lelaki Arytem dan Roman cukup gembira bekerja sebagai penjaga bar di restoran itu dan menganggap ia sebagai satu pendekatan kreatif menarik pelanggan.
Menurut pemiliknya, pasangan kembar seiras dengan pengalaman pernah bekerja di sebuah restoran amat sukar ditemui.
“Bertemu dengan pasangan seperti Arytem dan Roman adalah seperti bonus untuk kami, kami mempunyai tiga pasangan kembar dan ia adalah satu pengalaman yang begitu mengujakan,” katanya.
-Mynewshub.my


02:53 0

‘Kalimah Allah hak mutlak umat Islam adalah bodoh’


Apa lagi yang kita nak harapkan daripada golongan terpelajar Islam yang tidak sanggup malah menghina agamanya sendiri?
Terkini, Ustaz Asri turut memberi nasihat kepada umat Islam agar tidak lakukan provokasi melampau berkenaan isu ini.
Menurutnya, larangan berkenaan hanya diputuskan untuk majalah berkenaan yang dikeluarkan dalam versi Bahasa Melayu.
Menurutnya, penggunaan kalimah Allah tidak menjadi masalah seperti yang tertulis di dalam Al-Quran dan Hadis.
Manakala, kalimah Allah turut digunakan Bible di negara Indonesia selain di Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Surau Taman Krubong Perdana, Melaka.
Terdahulu, Mahkamah Rayuan menerusi panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri berhubung larangan berkenaan.
Antaranya penggunaan kalimah Allah di majalah berkenaan berpotensi menggugat rentak kehidupan masyarakat negara ini.
Laporan asal: http://pilihan-anda.blogspot.com/2013/10/kalimah-allah-hak-mutlak-umat-islam.html


02:48 0

Pesta Pancung Kepala Di Nepal (Ngeri!)


pesta-pancung-kepala-3
Pernah tengok pesta pancung kepala yang sangat ngeri tak? Pesta luar biasa dan pelik yang bertemakan keagamaan ini berlangsung setiap tahun di Nepal ini amatlah mengerikan di mana beratus-ratus ekor lembu ditetak dan dipancung (bukan sembelih). Aku pun tak tahu apa yang depa buat dengan lembu-lembu yang sudah kehilangan kepala tu. Macam tak lalu je nak makan. Gambar-gambar pesta pancung kepala di Nepal ini ada di bawah. Jangan tengok kalau tak tahan tengok gambar yang ngeri.
Selalu kita tengok sembelih lembu tapi kali ini pancung lembu. Kejadian ni berlaku di Nepal semasa upacara keagamaan. Sekali tengok dah macam pesta. Korang tengok la dulu gambar-gambar lembu ni kena pancung, nanti ada masa aku upload video orang kena pancung pulak. Bukan pancung dengan gergaji tetapi dengan mesin pemotong kayu.
P/S: Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah di muka bumi dan menjadi hamba Allah yang soleh. Berbuat baik kepada haiwan ada tugas seorang khalifah. Ingatlah, binatang yang kita berbuat zalim ini akan menuntut haknya di akhirat kelak. Wallahualam.
Foto oleh Cari.com.my


02:45 0

Mat Yo..apakah disebalik bajunya??

mat_yo_kurang_ajar

ini pandangan blog milik parti politik- Harap maklum)

Petikan: http://negarapakatanrakyat.blogspot.com
Kurang ajar!!!
Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.
Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan “Allah Always With Me” – seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.
Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan.  Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA.
Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.
Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.  Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim.
Malah Selangor adalah antara tiga negeri selain Pulau Pinang dan Kelantan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (termasuk di dalam Bible versi Melayu) dan kebebasan beragama yang lebih menyeluruh, termasuk di kalangan orang Islam – pedulilah apa keputusan Mahkamah sekalipun.
Kalau boleh aku nak minta supaya Mat Yo diharamkan dari masuk ke Selangor tapi difahamkan hanya Sultan Selangor saja yang ada kuasa tersebut.
Aku difahamkan Mat Yo terdesak nak membersihkan imejnya yang tercalar teruk berikut insiden isterinya bergaduh dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark September lepas.

Insiden memalukan yang tersebar secara meluas di laman Youtube itu, mengundang pelbagai hinaan, makian dan kejian dari rakyat Malaysia yang tidak boleh menerima sikap kurang ajar isteri Mat Yo terhadap pakcik pengawal keselamatan berkenaan.

Tapi kalau ia pun nak mengembalikan semula imej sendiri yang terjejas teruk, kenapa mesti nak menyentuh sensitiviti penganut agama Kristian dengan menunjukkan kalimah Allah tersebut?

Itu namanya nak cari pasal.

Maka itu tindakan yang sewajarnya harus diambil ke atas pemain tersebut atau Pakatan Rakyat sendiri tidak akan teragak-agak membawa isu ini ke Mahkamah kerana ia boleh disifatkan sebagai menghina Mahkamah berikutan proses perundangan berkaitan perkara tersebut yang masih berjalan.

Difahamkan pihak Gereja akan mengemukakan permohonan supaya perkara ini dirayu di Mahkamah Persekutuan pada bila-bila masa dari sekarang dengan bantuan para peguam yang dibiayai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan Selangor sendiri.

Lagipun Mat Yo ini tidaklah sehebat mana, harap gaji saja besar.  Kawan memaklumkan kepada aku, pasukan yang diwakili Mat Yo dalam Liga Malaysia, JDT, tidak pun berjaya menjulang apa-apa piala dalam musim bolasepak kali ini, harap gaji saja mahal.

sumber; mynews hub
02:31 0

Awas!! Taktik Terbaru Mencuri Kereta


curi
PERNAHKAH anda gagal mengunci kereta menggunakan alat kawalan jauh sedangkan bateri alat itu masih lagi berfungsi dengan baik? Awas!! kerana anda mungkin akan menjadi mangsa kes kecurian kereta.
Kes terjadi minggu lalu melibatkan seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah Jusco di Cheras, demikian menurut laporan laman web Metropolitan Today.
Sebaik selesai meletakkan kenderaannya di luar pasar raya itu, beliau gagal mengunci keretanya menggunakan alat kunci kawalan jauhnya.
Pada fikirannya, alat kawalan jauh berkenaan mungkin sudah kehabisan bateri ataupun rosak membuatkan beliau terpaksa menguncinya secara manual.
Kemudian, wanita berkenaan pergi membeli-belah selama 30 minit sebelum menyedari keretanya sudah hilang selepas selesai membeli barangan.
Di balai polis dan pihak insurans, beliau dimaklumkan mengenai sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik yang mampu mengesan gelombang frekuensi alat kawalan jauh mangsa ketika mereka hendak mengunci kereta.
Alat itu akan menggangu frekuensi kawalan jauh dan menggagalkan mangsa mengunci kereta. Sebaik mereka dapat mengenali frekuensi kereta anda, kereta anda akan dicuri.
Jadi selepas ini, jika anda gagal mengunci kereta anda menggunakan alat kawalan jauh, lebih eloklah anda bergerak dari situ dan meletakkan kenderaan anda di tempat lain – Mynewshub.my


02:26 0

Gigi Taring Jadi Trend Gadis Jepun (6 Gambar)


Inilah beberapa gambar gadis cantik yang memiliki gigi taring. Walaupun mereka memiliki gigi taring tetapi ianya menjadikan mereka lebih cantik, seksi dan menggoda. Memang satu kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua gadis di dunia.
Bagaimanapun, kepada lelaki yang ingin menjadikan mereka sebagai teman wanita dan isteri, hati-hati kerana korang mungkin akan jadi mangsa gigitan maut gigi taring tajam mereka.
 
BHN : NAK TARUK GIGI SUSU SEMUA, BARU MANIS GITUU! HEE…


02:19 0

Fitnah: Jenice buat laporan polis


Jenice Lee Ying Ha
KUALA LUMPUR – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Selangor, Jenice Lee Ying Ha [Gambar] hari ini membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Cheras Tan Kok Wai kerana didakwa memfitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar terhadap dirinya di akhbar.
Beliau membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah di sini.
Lee mendakwa kenyataan Tan kononnya pembantunya Lee Hsuan Ba terlibat dalam penyalahgunaan kuasa berkaitan isu tembok keselamatan di Taman Seraya, di sini merupakan satu fitnah.
Beliau mendakwa Tan turut mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah seperti dilaporkan di beberapa akhbar pada 24 dan 25 April lalu yang menuduh dirinya
terlibat dalam penyelewengan peruntukan kerajaan negeri di kawasan Sungai Pelek, Selangor.
“Ini merupakan satu fitnah untuk menjatuhkan saya. Saya telah berbincang dengan pihak peguam dan mereka meminta saya membuat laporan polis.
“Saya minta kes ini dapat disiasat segera kerana ia merupakan perlakuan jenayah yang cuba menjatuhkan reputasi saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.
Lee turut menggesa lembaga disiplin DAP mengambil tindakan tegas terhadap Tan bagi segala fitnah yang dilemparkan terhadapnya. – Bernama


02:05 0

Kalimah Allah: Mat Yo Perlu Dibuang Dari Pasukan Kebangsaan

mat_yo_kurang_ajar

ini pandangan blog milik parti politik- Harap maklum)

Kurang ajar!!!
Itulah komen pertama aku setelah melihat cara penyerang bolasepak kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) meraikan gol penyamaan yang dijaringkannya dalam perlawanan menentang Bahrain malam tadi.
Dalam keghairahan meraikan jaringan tersebut, Mat Yo menunjukkan baju dalamnya yang tertulis perkataan “Allah Always With Me” – seolah-olah mempersendakan penganut agama Kristian yang masih berduka kerana dilarang dari menggunakan kalimah Allah dalam satu keputusan paling kontroversi oleh Mahkamah Rayuan Isnin lepas.
Tindakan bodoh seumpama itu tidak boleh dimaafkan sama sekali dan Pakatan Rakyat mahu supaya pemain berkenaan disingkirkan dari pasukan kebangsaan.  Jelas disitu, dia tidak layak mewakili negara kerana mewakili pendirian yang hanya dijuarai oleh UMNO dan anjing suruhannya seperti PERKASA.
Bukan pendirian rakyat secara keseluruhan.
Lebih mengaibkan lagi, tindakan itu juga dilakukan di bumi Selangor yang diperintah Pakatan Rakyat.  Pakatan Rakyat seperti yang kita semua tahu, menyokong penuh agama Kristian dalam soal menggunakan kalimah Allah ini dan membantah keras keputusan Mahkamah yang disifatkan sebagai zalim.
Malah Selangor adalah antara tiga negeri selain Pulau Pinang dan Kelantan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh pihak Kristian (termasuk di dalam Bible versi Melayu) dan kebebasan beragama yang lebih menyeluruh, termasuk di kalangan orang Islam – pedulilah apa keputusan Mahkamah sekalipun.
Kalau boleh aku nak minta supaya Mat Yo diharamkan dari masuk ke Selangor tapi difahamkan hanya Sultan Selangor saja yang ada kuasa tersebut.
Aku difahamkan Mat Yo terdesak nak membersihkan imejnya yang tercalar teruk berikutinsiden isterinya bergaduh dengan …Teruskan Membaca Di Sini

sumber;mynewshub.com
01:55 0

Mayat Lelaki Ditemui Tergantung Pada Besi Penyangkut Baju


gantungSeorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin.
Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut.
Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu.
Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya.
“Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri.
“Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

sumber:mummynemo.com

01:52 0

Sarjan Tertembak Kanak Kanak 10 Tahun


                                                        sesat



Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai terkena tembakan.
Tembakan dipercayai dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika sedang mengosongkan senjata dalam kejadian yang berlaku di Kampung Belanja Kiri, Parit, petang semalam.
Mangsa, Mohd Amar Mohd Azizi, dipercayai berada dalam jarak antara 30 ke 40 meter dari rumah anggota polis yang berpangkat Sarjan itu, dalam kejadian yang berlaku jam 4.30 petang.
Timbalan Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Deputi Superintendan Leong Ah Kow berkata, lebih kurang 45 minit selepas bunyi tembakan itu, orang awam yang berada di kawasan berhampiran menemui mangsa cedera di bahagian kepala dipercayai akibat terkena peluru sesat tersebut.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Parit untuk mendapatkan rawatan namun terpaksa dipindahkan ke Hospital Batu Gajah apabila mendapati kecederaan yang dialami mangsa adalah serius.




“Bagaimanapun, selepas ujian imbasan x-ray dijalankan, doktor menemui anak peluru sudah masuk ke dalam kerongkong mangsa.
“Berikutan itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menjalani pembedahan bagi membuang peluru berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Katanya, sejurus menerima laporan mengenai kejadian tersebut, pihaknya telah memeriksa rumah anggota polis terbabit dan merampas sepucuk pistol jenis P99 dan satu magazine berisi 14 butir peluru termasuk kelongsong peluru.
“Berdasarkan siasatan awal ke atas suspek, senjata tersebut dibekalkan secara mingguan kepadanya,” katanya.
Ah Kow berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan dengan mengambil keterangan daripada suspek dan ahli keluarga mangsa.
Beliau berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan melepaskan tembakan di tempat awam.
“Jika sabit kesalahan suspek boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.
Menurut Ah Kow, suspek sedang bercuti dari 12-18 Oktober dan pihak polis akan mengambil tindakan tatatertib ke atas suspek.



sumber:mummynemo.com