Searching...
Monday 15 September 2014
00:21 0

Foto melampau Erin Malek dan tunang di Matta Fair, PWTC, anak-anak tutup mata

Pasangan yang baru sahaja mengikat tali pertunangan mereka pada Jun lalu, Erin Malek dan Mohamed Farriz mencetuskan sedikit kontroversi apabila keterlaluan bermanja di khalayak ramai ketika hadir ke Matta Fair di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Kisah ini berlalu minggu lalu di mana peminat dan orang-orang tua yang memerhati perlakuan gedik mereka itu tidak menyenanginya sehingga ada yang hanya mampu menggeleng kepala dan menutup mata anak-anak.

Lebih menarik, teguran salah seorang wartawan dikenali dengan nama Cik Pang yang turut berada di sekitar tidak diendahkan dan dibuat bodoh. Pasangan ini dikatakan semakin bermanja-manja sebaik sahaja mendengar teguran Cik Pang.

Bagi penulis, tidak salah sebenarnya bermanja dengan tunang namun kurang sesuai jika dilakukan di tempat awam kerana takut mengundang persepsi negatif dari orang ramai yang memerhati. Lagipun, ramai mengetahui mereka baru sahaja bertunang dan belum lagi berkahwin.










sumber:malayaselebrti

0 comments:

Post a Comment